Friday, June 24, 2016

VAKSIN : INGGERIS BELAJAR DARI UTHMANIYYAH

VAKSIN : INGGERIS BELAJAR DARI UTHMANIYYAH

Pada tahun 1716, Wortley Montagu diutuskan oleh kerajaan England sebagai duta ke Istanbul. Sepanjang tinggal di sana, isteri beliau iaitu Mary Wortley Montagu mendapati bahawa suntikan imunisasi terhadap penyakit cacar pada kanak-kanak menjadi amalan penduduk2 di Istanbul.

Mary yang kagum dengan amalan perubatan Uthmaniyyah ini menulis surat kepada sahabatnya, Sarah Chiswell yang terkena penyakit cacar tentang amalan suntikan imunisasi yang dilakukan di Istanbul. Malangnya Sarah Chiswell meninggal dunia asbab penyakit tersebut 9 tahun kemudian.

Pada tahun 1721, setelah pulang ke England, Mary Wortley Montagu cuba memperkenalkan amalan suntikan imunisasi pada kanak-kanak sepertimana yang diamalkan di Istanbul, namun ditolak oleh orang2 Inggeris. Namun lama kelamaan perjuangan Mary Wortley Montagu mula diterima. Maka saintis2 Inggeris mula mengkaji tentang imunisasi penyakit cacar.

70 tahun setelah itu, seorang saintis Inggeris bernama Edward Jenner menemui imunisasi penyakit cacar dari lembu. Dengan itu, imunisasi ini dinamakan sebagai 'vaccine' diambil dari perkataan Latin "vacca" yang bermaksud lembu. Edward Jenner membangunkan kaedah vaksin ini dengan kaedah yang sama yang dilakukan oleh ahli2 perubatan Uthmaniyyah di Istanbul.

#kemajuanmodenberasaldaritamadunIslam

-Hasanuddin Yusof-

Sumber asal: https://goo.gl/1Ugriy