Apabila baju kesayangan milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya, pasti kita akan berasa amat kecewa, ianya adalah kerana kesan tersebut pasti tidak akan dapat hilang.
Tahi lalat pada baju atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini maka pakaian kita tetap akan kelihatan kotor walaupun ianya sudah dicuci dengan bersih. Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kulat yang telah tumbuh pada pakaian akibat ianya tidak kering atau lembap.
Tahi lalat akan mula muncul jika kita peram baju yang basah, ataupun ianya terjadi ketika kita merendam pakaian dengan air yang sedikit, kemudian kita menangguh-nangguhkannya untuk membilas dan membiarkan sehingga beberapa hari dan kemungkinan besar pakaian anda akan muncul tahi lalat.
Jadi mari kami kongsikan Cara Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian;
Cara-caranya:
Campurlah sedikit cuka kedalam setengah liter air.
Rendamkanlah pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendamkan selama semalaman.
Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.
Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.
Biarkanlah pakaian selama beberapa saat di dalam air panas campuran limau nipis tersebut.
Kemudian cucilah kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.
Bilaslah denagan menggunakan air bersih.
Jika tahi lalatnya masih ada pada pakaian anda silalah ulangi langkah no 5 hingga 8 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalatnya hilang.
Kemudian anda jemurlah pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang ada pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba