Suami Isteri Mahu Kurus, Boleh Kongsi Amal Air Rebusan Pencair Lemak Ini!
air rebusan ini disarankan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan
mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Lagi satu, air rebusan herba ini bukan setakat menguruskan badan tapi juga
membuang angin menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas
buat kerja rumah. Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua
berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak
khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah
perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon Madu
Cara membuat:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa,
perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.
Minum ketika masih suam sebelum makan.
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk.
Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas.
Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok! Hasilnya? Jika diamalkan
boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa