Friday, September 22, 2017

Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim

Khairul Faizie Mohammad Kamar added 16 new photos.Follow
July 15
Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.
Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yg Allah pinjamkan ini.
Saya bahagikan krim kepada 6 jenis utk mudah faham:
1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM
Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil " krim", tapi ada beberapa persediaan " krim" ini, iaitu:
1- OINTMENT : ianya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus( lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit ( more potent). Kita gunakan "krim" jenis ointment ini pada kawasan kulit yg dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel ( lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yg sudah lichenfied.
2- CREAM : ianya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yg less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
3- LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yg berbulu , juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) spt kawasan ketiak , kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.
Jadi, bila dapat "krim", tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?
Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yg saya tulis kat atas, ada 6 jenis...
1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan " SONE". Contoh:
- Hydrocortisone - Clobetasone - Mometasone - Fluticasone - Betamethasone.
Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.
Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudia di ikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan ( systemic absorption ).
2) ANTI FUNGAL CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE". Contoh:
- Miconazole - Clotrimazole - Econazole - Ketoconazole - Fluconazole
Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)
Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.
3) ANTIBIOTIC CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan " IN"
Contohnya:
- Gentamicin - Fucidin - Neomycin - Mupirocin
4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:
- Steroid cream + antibiotic cream
- Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.
Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka ---- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.
6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yg lama, Insya Allah no problem ( tak macam krim steroid). Kita sarankan utk mereka yg ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu ( 50 % - 50% , 60% - 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembab yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian. Cakap pasal mandi, utk org yg kulitnya ada eczema / sensitive skin, hati hati guna sabun mandi yg berubat ...contohnya Dettol...Protex..sebab chemical dari sabun2 ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So guna kan mandian yg ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Utk kulit yg super sensitive juga, kita advised utk jangan lap badan terlalu kuat dgn towel. Tinggalkan sikit basah2 / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab utk maintain kelembapan area tu.
=============================================
So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya " saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu " serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.


ANTIBIOTIC CREAM



KRIM STEROID CLASS 1 ADALAH PALING SELAMAT. KELAS IV PALING POWER.


CONTOH LICHENIFICATION, IAITU KULIT JADI MENEBAL SEBAB KRONIK ECZEMA - kesan di garu lama


krim anti fungal.



KRIM POWER. COMBINATION 3 IN 1.
SEMUA ADA!


TOPICAL STEROID CREAM POTENCY


ANTI FUNGAL + STEROID CREAM



INI IALAH ANTIGUNGAL JENIS TERBINAFINE.
Brand name popular LAMISIL



ANTI VIRUS CREAM




KRIM PELEMBAB - AQUEOUS CREAM


KRIM STEROID

ANTI FUNGAL CREAM


KRIM PELEMBAB YG BEST..HIHIHIHI


KRIM PELEMBAB - BRAND EZERRA


COMBINATION CREAM: STEROID + ANTIBIOTIC

Thursday, September 21, 2017

AGENDA JAHAT” DI DALAM INDUSTRI PERUBATAN MODEN


AGENDA JAHAT” DI DALAM INDUSTRI PERUBATAN MODEN.
dari Dr Muhammad Mat Tan.

Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak mentah? Purata pendapatan tahun 2013 untuk industri perubatan ialah melebihi USD 1.32 Trillion.
Oleh kerana matlamat sebenar industri perubatan adalah untuk mengaut keuntungan, maka jangan berharap mereka akan “menyembuhkan” penyakit anda. Anda adalah “pelanggan tetap” mereka.
Perkataan “Cure” atau “Penawar” adalah suatu istilah yang “DI HARAMKAN” didalam kamus kedoktoran dan mereka hanya mahu menggunakan perkataan “Treatment” atau “Berubat”.
Di dalam Bahasa Greek, perkataan “Pharmacy” bermaksud “SIHIR”. Kenapa jadi begitu?
Ubat Sintetik (Tiruan)
Setiap ubat yang dibuat oleh syarikat perubatan (BIG PHARMA) adalah dari jenis sintetik iaitu tiruan (bukan dari bahan semulajadi). Bahan-bahan yang digunakan oleh mereka terdiri dari kimia dan racun yang amat merbahaya.
Ubat tersebut dicipta untuk menghilangkan kesan-kesan sampingan akibat sesuatu penyakit dan bukannya untuk menyembuhkan penyakit. Contohnya ialah ubat untuk penyakit kencing manis. Ubat kencing manis hanya akan mengurangkan tahap kencing manis tersebut dan bukannya menyembuhkan penyakit kencing manis. Sebab itu para pesakit terpaksa makan ubat untuk sepanjang hayat mereka.
Malah ubat kencing manis tersebut juga akan memberi kesan buruk sehingga mengakibatkan penyakit lain pula akan muncul. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut meninggal dunia.
Antibiotics
Antibiotics ialah sejenis ubat yang akan membunuh kesemua bakteria (yang baik dan jahat) didalam badan kita. Ini akan memberi peluang kepada bakteria jahat untuk bertambah didalam badan kerana tidak ada keseimbangan. Akibatnya ialah kita akan mudah mendapat penyakit seperti kanser, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
Antibiotics juga boleh mengakibatkan masaalah hilang ingatan atau digelar sebagai “memory loss”.
Bawang putih (garlic) merupakan Antibiotics yang semulajadi dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Amalkan memakan Antibiotics semulajadi iaitu bawang putih (garlic). Antibiotics semula jadi (bawang putih) tidak ada sebarang kesan sampingan untuk kesihatan.
Chemotherapy
Penyakit kanser merupakan punca pendapatan utama industri perubatan moden. Sebenarnya telahpun ada banyak cara semulajadi untuk menyembuhkan penyakit kanser tetapi tidak dibenarkan oleh industri perubatan moden (BIG PHARMA).
Chemotherapy digunakan oleh para doktor untuk “berubat” pesakit kanser. TETAPI chemotherapy mempunyai kesan sampingan yang sungguh dahsyat iaitu ia akan membunuh sel-sel yang sihat, membunuh pesakit dengan cepat, kerosakan sistem pertahanan badan (immune system), dan banyak lagi.
Apabila pesakit kanser itu mati selepas proses Chemotherapy, maka para doktor akan menyalahkan penyakit kanser tersebut dan bukan menyalahkan Chemotherapy.
Chemotherapy merupakan punca keuntungan nombor 1 kepada hospital dan klinik. Dari setiap 100 pesakit, 97 pesakit akan mati kerana Chemotherapy. Hanya 2% hingga 3% sahaja yang akan hidup selepas rawatan Chemotherapy.
GcMAF
Para doktor (yang jahat) amat takut sekiranya pesakit kanser tahu tentang “GcMAF” iaitu rawatan yang menggunakan sejenis protin dalam darah.
Oleh kerana rawatan GcMAF adalah sungguh murah maka para doktor (yang jahat) amat menentang penggunaan GcMAF untuk merawat pesakit kanser.
Di Amerika, lebih dari 50 doktor yang menggunakan “GcMAF” telah dibunuh oleh MAFIA PERUBATAN yang didalangi oleh FDA dan syarikat-syarikat perubatan besar (BIG PHARMA).
Bagaimanakah “GcMAF” melawan kanser?
"Macrophages" adalah "Ketua" dalam sistem pertahanan badan dan akan sentiasa memberikan arahan kepada "Tentera"(immune system), untuk melawan virus.
Virus pula akan menghasilkan "Nagalase" iaitu sejenis enzim yang akan menghalang penghasilan vitamin "D" dalam "Macrophages" dan mengakibatkan "Macrophages" menjadi lemah dan tidak aktif.
Maka pada ketika itu, badan kita pula akan menghasilkan"GcMAF" iaitu sejenis protin dalam darah. "GcMAF" akan menolong untuk mengaktifkan semula "Macrophages".
Para pesakit kanser akan mempunyai "Nagalase" yang terlalu banyak dalam badan mereka kerana "Nagalase"dihasilkan oleh virus. Oleh itu, "Macrophages" tidak akan aktif dan tidak dapat melawan penyakit.. Jadi para doktor (yang baik) akan menyuntik "GcMAF" untuk mengaktifkan semula "Macrophages" supaya dapat melawan penyakit kanser.
Suntikan Vaksin
Setiap vaksin (MMR, Tdap, Dtap, Gardasil dan sebagainya) terdapat didalamnya sel manusia yang diambil dari bayi yang mati akibat keguguran. Apabila sel ini disuntik kedalam badan manusia, maka sistem pertahanan badan (immune system) akan menganggapnya sebagai benda asing dan akan menyerang sel tersebut. Apabila ini berlaku, maka sel badan kita juga akan dianggap sebagai benda asing oleh sistem pertahanan badan kita. Maka peluang untuk mendapat penyakit kanser dan juga berbagai penyakit lain adalah tinggi.
Didalam vaksin juga terdapat virus yang telah diubahsuai oleh saintis (yahudi illuminati) dan virus tersebut boleh menyebabkan manusia menjadi bodoh dan tidak mampu untuk mengurus diri sendiri, contohnya ialah penyakit “Autism”.
Virus adalah ciptaan manusia
Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (yahudi illuminati) dan dibuat didalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.
Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?
“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. (penduduk bumi kini ialah 7.3 biliion).
Bidang kedoktoran telah digunakan oleh “yahudi illuminati” untuk menjayakan “Agenda 21” dari United Nations.
Kesimpulan
Allah S.W.T. telahpun menciptakan “Cure” atau “Penawar” untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk semulajadi seperti herba-herba, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Amalkan memakan herba-herba, sayur-sayuran (yang tidak beracun), dan buah-buahan (yang asli dan bukan GMO).
Berikut adalah herba-herba yang sesuai untuk “penawar” penyakit:
1) Darah tinggi (High blood pressure): Bawang putih (garlic), jus limau suam (warm lemon juice), Pisang (banana), tembikai (watermelon),Hempedu Bumi
2) Sakit kepala (Migraine): Halia dan limau (ginger with lemon).
3) Demam (fever): Jus limau (lemon juice), halia (ginger).hempedu bumi
4) Kanser (Cancer): Daun ganja (marijuana), Halia (ginger), bawang putih (garlic), Daun semambu (neem leaves),
5) Sakit mata (eye problem): Kurma (dates) ,Lobak merah (carrot).
6) Cirit-beret (Diarrhea): Bawang putih (Garlic).
7) Gastrick: Air kelapa (coconut water), Kurma (dates).
8) Asthma: Pisang (banana), bawang putih (garlic), hempedu bumi
9) Alzheimer: Minyak kelapa (Coconut oil).
10) Batuk (Cough): Jus nenas (pineapple juice), Bawang putih (garlic).
11) Gout: jus nenas (pineapple juice), daun rerama (butterfly leaf plant).
12) Sakit jantung (heart disease): Lobak merah (carrot).
13) Sakit perut (stomach ache): Bawang putih (garlic), halia (ginger).
14) Kencing manis (Diabetes): Bawang putih (garlic), halia (ginger). Daun semambu (neem leaves), hempedu bumi
# Sesudah dibaca sila share dengan
Kawan2 kita semua...Terima Kasih ðŸ˜‰

Friday, September 15, 2017

Penawar @ ubat ketagih dadah

Ambik sebatang rokok yg belum di hisap, ambil 50% tembakaunya ditumbuk dengan bawang putih kemudian dimasukkan  semula di pangkalnya dan beri penagih itu isap

Thursday, September 14, 2017