Tuesday, December 19, 2017

Cara Anda Minum Madu SALAH Ini Cara Sebetulnya

Patutlah Tak Jadi ‘UBAT’.. Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH. Ini Cara Sebetulnya

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.
Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.
Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?
Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.
Patutlah Tak Jadi ‘UBAT’.. Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH. Ini Cara Sebetulnya
Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.
Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?
Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.
Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”
Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda
Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.
1. Betulkan Cara Makan
Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.
Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.
Patutlah Tak Jadi ‘UBAT’.. Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH. Ini Cara Sebetulnya
Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.
Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.
2. Makan Buah Dengan Betul
Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.
3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.
Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.
Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.
4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air
Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.
Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.
Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.
Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.
Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit
1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.
Patutlah Tak Jadi ‘UBAT’.. Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH. Ini Cara Sebetulnya
Kredit foto : diarialyn.blogspot.com
Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.
2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepala, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.
3. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.
Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.
Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.
 4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.
5. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.Patutlah Tak Jadi ‘UBAT’.. Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH. Ini Cara Sebetulnya
Tip Ini Penting!
  • Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.
  • Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.
  • Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.
Jika Badan Panas
Cara minum madu ->  madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk. Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.
Jika Badan Sejuk
Ini cara minum madu ->  tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas
  • Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.
  • 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.
  • Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.
  • Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.
  • Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.
Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.
Patutlah Tak Jadi ‘UBAT’.. Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH. Ini Cara Sebetulnya
Kenali Dr Hisham Hashim
Anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika ini bertugas sebagai penyelidik Mineral di Jabatan Mufti Brunei Darussalam, Bahagian Penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam, Pengerusi Kelab Pengumpul Batu Permata Utara Malaysia dan Pengasas Total Health Management.
Pengkhususan beliau berkaitan batu permata dan nilai perubatan. Pengetahun berkaitan herba bermula daripada salasilah keluarga dari Mesir yang ahli herba. Yang bersamaan dengan Ibnu Sina. Dari Mesir datuk dan nenek beliau berhijrah ke India, seterusnya Indonesia dan akhirnya Pulau Pinang.

http://www.sinarviral.com/

Friday, December 15, 2017

Hilangkan ketagih rokok

Cuka Epal
1 gelas Air Suam

Cara-Caranya:
Kaedah 1

1. Kumur Cuka Epal seperti berkumur dengan menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut dalam 30 saat sehingga 1 minit kemudian buang.

2. Lakukan sekurang- kurangnya 2 kali sehari. Jika diamalkan boleh menyegarkan nafas, mengharumkan bau mulut dan mengalihkan bau rokok kepada loya. Insya Allah.

1. Ambil 3 sudu Cuka Epal dan campurkan dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian diminum.

2. Amalkan setiap pagi dan petang, serta sebaiknya disudahi selepas itu dengan meminum satu sudu madu .

Selamat mencuba!

copy dari page :

http://www.friscomedia.net/tips/hilangkan-ketagihan-merokok-dengan-bahan-ini-dijamin-dalam-masa-3-minggu-anda-akan-berhenti-merokok-bau-rokok-pun-anda-tak-mahu/

Bagaimana untuk menurunkan paras kolesterol "jahat"?

Bagaimana untuk menurunkan paras kolesterol "jahat"?

Satu tugas penting yang perlu diberi perhatian. Bagaimana cara untuk membersihkan salur darah daripada kolesterol yang terkumpul. Tugasan lain adalah untuk memastikan kolesterol tidak lagi berkumpul dan melakukan fungsinya "yang sepatutnya" - i.e. Membantu dalam membentuk sel-sel baharu. Kedua-dua tugasan boleh dilakukan dengan baik oleh "Cholestifin" satu produk kompleks yang telah dibangunkan tidak lama dulu. Saya mempunyai pengalaman peribadi dengan produk ini, jadi saya tiada masalah untuk mencadangkannya kepada orang lain. Berbanding dengan produk lain, ia mengandungi bahan-bahan yang semula jadi. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk rawatan serta pencegahan untuk bagi mengekalkan paras normal kolesterol dalam darah.

Satu alga semula jadi yang dipanggil Hawthorn digunakan untuk "membuang" dan menguraikan kolesterol jahat. Untuk membersihkan salur darah sepenuhnya dengan Hawthorn, anda hanya perlu menggunakan produk selama 5 hari. Penghasilan kolesterol baik dalam produk ini dibolehkan oleh apa yang dipanggil pengangkut beta-glucan. Ia adalah satu enzim yang boleh ditemui di dalam oat. Kelebihan utamanya adalah ia menyokong fungsi kolesterol yang betul di dalam badan kita. Ia juga menyokong fungsi otak, jantung dan hati. Ia juga membantu meningkatkan keanjalan salur darah.

Mengikut kepada statistik rasmi yang dibuktikan dalam ujian klinikal, anda perlu menggunakan "Cholestifin" sekurang-kurangnya 4-5 minggu untuk merendahkan kolesterol anda ke paras yang normal. Saya rasa hasil ini berasal daripada rawatan kes yang amat "teruk". Dari pengalaman saya, saya tahu, 2-3 minggu sudah mencukupi. Dalam masa itu, paras kolesterol boleh menjadi normal.

Produk tidak boleh didapati di farmasi lagi dan hanya boleh dipesan di laman web rasmi. Ini disebabkan oleh jumlah pengeluaran yang rendah. Tetapi, proses pemesanan adalah mudah dan intuitif. Anda boleh proses pesanan anda di laman web dan satu bungkusan akan dihantar kepada anda, ke pejabat pos paling hampir dengan anda. Di pejabat pos, anda boleh memeriksa bungkusan dan kemudian membayarnya.

Saya ingin meminta semua orang untuk memberi perhatian kepada tubuh dan kesihatan mereka. Ia adalah satu tindakan bijak untuk mengekalkan paras kolesterol anda sekarang, berbanding pergi ke hospital dengan serangan jantung beberapa hari kemudian!

Thursday, December 7, 2017

Doa dan Jampi untuk patah tulang dan terseliuh

Doa dan Jampi untuk patah tulang dan terseliuh

Petua ubat gout

Petua Hilangkan Gout added 19 photos and a video.

4. Nenas
5. Kaktus
6. Ketumpang air
7. Kulit kentang
8. Anak pokok durian
9. Betik muda
10. Minyak ikan
11. Air tin
12. Mentimun
13. Biji sawi
14. Strawberi
15. Anggur
16. Biji saderi
17. Ubi bit
18. Halia
19. Ais 

💘KHASIAT POKOK MALBERI

💘KHASIAT POKOK MALBERI
Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.
Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.
Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.
Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.
Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.
Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api
Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.
Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.
Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.
Nak apa2 info tambahan, pls google ya 😀
Mungkin perkongsian ini ada manafaatnya.

Tuesday, December 5, 2017

Utk semua Pesakit kanser Dari Tahap 1-4

Sobrie Ahmad Sobrie Ahmad added 6 photos and 2 videos.
3 hrs
Utk semua Pesakit kanser Dari Tahap 1-4 tak kisah kanser jenis apa, boleh lah cuba Berubat di Bandar Bahru Kedah jumpa Pak Teh Jit kedah , Pak Teh ni mengubat Khas untuk pesakit Kanser sahaja . Sakit lain Tak boleh .cara Berubat yang simple dan Insyallah mana tau rezeki dengan Izin Allah . Dah ramai pesakit kanser dari Jb , Singapore , kl , Melaka , selangor dan lain2 Negeri semua dtg dan Alhamdulilah pulih! Cara Rawatan yang simple .
1. Lokasi : Bandar Bahru , Kedah . Lepas Tol Bandar Bahru jumpa Trafik Light, masuk kanan lebih Kurang setengah Km jumpa sign Board "Orang melintas" masuk simpang kiri ( jambatan mini ) terus saja nanti jumpa rumah Pak Teh, rumah Pak Teh atap dia warna hijau ,LOT 2198A. Kg Permatang Kerat Telunjuk Bandar Bahru Kedah .
2. Nama : Pak Teh 0135891375 👳🏻‍♂️
3.Pengeras Pak Teh Rm60.25 Sahaja
4.Nak datang kene Call 📞Utk book dan ambil No giliran. ( Kalau tak dapat Call cuba lagi pasal area umah Pak Teh Line agak susah nk dapat)
5.pesakit tak payah bawa apa2 . Semua Pak Teh dah sedia kan . 👍😄
6.Buka 900am-600pm Isnin -Ahad (Jumaat Tutup)
Kita Ikhtiar Insyallah dengan Izin Allah .
# Tolong Share dan Tag kawan2 dan sedara Mara anda ! sayangi lah mereka !

Pokok lidah jin ubat batu karang

Abbe Hae added 2 new photos — with Abbe Hae.
Assalamualaikum wbt.
.
Hari ni abbe nak bagi petua sikit pada yang ada kencing manis dan batu karang.
.
Kat tangan abbe ni nama dia pokok lidah jin. Penawar untuk turunkan kencing manis dan hancurkan batu karang.
.
KENCING MANIS.
Racip kecil² daun lidah jin ni dan campurkan dengan 7 helai daun pandan pastu buat air rebusan. Pastu minumlah. InsyaAllah turun kencing manis tu.
BATU KARANG.
Ambil akar lidah jin pastu rebus juga. Then minum, InsyaAllah batu karang akan hancur.
Selamat mencuba pada geng yang ada kencing manis dan batu karang

..