Monday, December 13, 2021

ubat stroke

Nak share petua dari sorang tukang urut saraf tuan haji Hafiz... Kalau sesiapa kena strok sediakan daun sireh, halia yg ditumbuk halus kemudian letak minyak tanah 7 titi's.. sapu selalu bahagian yg kena strok.. insha Allah cepat baik... Simpan ya sahabat² mungkin berguna

Sumber : Shila Watie

Wednesday, November 3, 2021

kata kata Jack Maa

❤❤❤❤❤❤❤❤ Kata "hikmah" Jack Ma (Pengasas Alibaba)

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA ❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, October 31, 2021

akar betik

PETUA UNTUK MENGHANCURKAN BATU KARANG

Akar pokok betik dapat merawat beberapa jenis, penyakit antaranya untuk mengeluarkan batu karang dari ginjal, menghentikan perdarahan rahim, membunuh cacing dalam rahim, menolong membantu pencernaan makanan, dan merawat penyakit buasir. Ia juga dapat melawas pembuangan air kecil.

Caranya ialah merebus akar betik dan meminum air rebusannya.

Kredit: Kama Rul Zaman

Thursday, October 28, 2021

herba resepi buang lemak

herba resepi buang lemak

khasiat daun mata lalat

 Sekadar berkongsi ilmu..

Minggu lepas, minggu paling teruk bagi saya bila anak2 bulus kena parvo.

Tak tahu punca dari mana. Saya ada lebih kurang 30 ekor termasuk anak kucing bawah 2 bulan umur.

Mula2 mati sekor anak kecik umo sbulan. Lepas c kecik mati tu, yang lain mula monyok, tak nak mkn, mulut berair, najis berlendir.

Pada awalnya tak tahu, lepas tu bawa lah ke vet utk cek up. Dokter kata positif parvo. Masa tu saya lambat asingkan dorg.

Ada 5 ekor yg dah kritikal dan mati pada esok harinya serentak. Saya dah mula bingung, tak tahu nak buat apa. Beribu saya habis utk ubat saja. Vet pun saya pergi.

Orang rekemen vet dan ubat situ sini, saya pergi beli. Yang tinggal pada masa tu, ada lagi 6 ekor tgh struggle lembik 4 hari tak mkn langsung walaupon saya paksa. Air pon saya suap utk tenaga. Saya dah tawakal dan habis ikhtiar.

Cuba google utk cari takut2 ada ubat kampung yg saya boleh cuba. Tiba2 saya jumpa rumput ni kat google, pastu saya stalk lagi group2 pecinta kucing utk kepastian. Saya fikir nak cuba sebab rumput ni ada kat kawasan saya.

Saya cuba follow resipi dari pengguna facebook yg share. Dah siap air rabusan tu, saya sejukkan dan suap kat anak2 yg hampir nazak.

Saya guna picagari(syringe) pancut sikit2 dlm mulut, dan saya guna tisu juga utk basahkan muka dan bibir anak2 saya yg dah nmpak nazak slepas 3,4 hari tak mkn mnum. YaAllah, kuasa Allah dan kuasa dalam air rumput ni amat menakjubkan.

Tak smpai 15menet lps suap air ni, mata anak2 saya tiba2 jd bulat, nmpak tenaga lain mcam. Yg pelik tu, bgn merangkak gi tempat air dgn sndri. Dorg mula masuk dlam bilik air, dan cari bekas air utk mnum. Saya trus amek mangkok, isi air bersih.

Dorg minum air dgn laju sekali, seolah2 trasa haus sngt2. Saya teruskan suap air rebusan rumput ni dan campurkan dgn gula@glukos. Dlam waktu singkat, lebih kurang stgh hari, saya campurkan air rebusan rumput ni dalam kibble mereka. Dah ckup lembut, saya bagi.

Dorg mkn laju. Esoknya tu trus nmpak aktif. Hanya Allah saja yg tau saya pada masa tu, rasa nak sujud tanda syukur. Kenapa saya tak buat dr awal? Mesti anak saya yg mati tu sempat saya selamatkan. Walaupon rasa terkilan anak da mati 5, tp saya ttp juga rasa gembira, sbb yg lain2 dah sihat penuh ta smpai 4 hari.

Sini saya nak share kan resepi pokok rumput ni, dan kalau nak tau, ini lah rupa rumput helikopter tu.
skrg saya suka masak dgn ayam rebus, saya basuh bersih, masukkan satu pokok trus dlm rebusan ayam mereka. Mereka mkan dgn pkok2 skali.

Utk air rebusan.
Satu cekak pokok penuh skali dgn akar, direbus bersama air dlm 500ml.
Rebus smpai air agak2 kurang dlm 1,2inci dr jari.
Boleh terus suap atau campur begitu saja dlm air mnum anak2.

Kalau anak2 yg dah hampir takde tenaga, bancuhkan satu sudu kecil gula dlm 10-15ml air rebusan. Suap antara 5-10ml dlm syringe. Suap lah brapa kali pun, selang 1-2jam.

Utk wetfood masak sndri.
Masukkan juga secekak pokok penuh dlm rebusan ayam atau apa2 wetfood homemade, sbgai sayur. Rebus sehingga pokok jd lembut dan senang anak2 nak kunyah ( macam dalam gambar yg saya tunjuk)
Boleh juga racik halus2 daun utk tabur mentah dlm wetfood yg dbeli.

Pokok ni takde apa2 kesan sampingan. Boleh diminum/makan atau suap bila2 masa dan tak kira kuantity. Elok utk deman, selsema dan tenaga dorg

Ps/ ini adalah cara saya sndri. Nak buat cara lain pun boleh. Takde apa2 pantang larang. Ini adalah ubat dan suppliment yg paling bagus utk masalah anak2 bulus. Multipurpose org ckp.

Selamat mencuba ya kawan2. Saya ikhlas kongsi utk bantu.

Kalau ada sesiapa yg perlukan pokok ni, boleh dtg ambil kat area kampung saya. Kampung kondok, nilai negeri sembilan.
Saya tak jual, saya bg je. Ambil lah bnyk2 pun tak apa.

Terima kasih.

Kredit : Vee Salim

khasiat daun neem atau semambu

khasiat daun semambu

Wednesday, October 6, 2021

Helikopter Rumput mata lalatnRumput kucing Rumput pendul

Rumput Helikopter/Rumput mata lalat/Rumput kucing/ Rumput pendul @ nama saintifiknya KYLLINGA NEMORALIS

(10 batang rumput helikopter/ rumput mata lalat/ rumput kucing/ rumput pendul)

Kalau ade kucing yang:-

•Sakit Parvo
•Selsema
•Demam
•Hilang selera makan(kucing yg hilang selera makan @ tak mahu makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ini)

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:-

√ Cabut rumput bersama akarnya.
√Bersihkan tanah dari akar dan daun.
√Rebus sekali dengan akarnya.
√Rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih.. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang..
√Bila air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik..
√Bila sudah sejuk, bagi 10ml-20ml pada kucing yang sakit pada pagi dan malam..
√Selebihnya boleh disimpan dalam peti sejuk, tapi jangan lebih dua minggu.. Hilang khasiatnya..
√Sesuai diberikan kepada kucing yang sakit setiap pagi dan malam sehingga sembuh..

(PERHATIAN‼️- Ini adalah supplement, petua orang tua, alternative, jadi ubat doktor juga diperlukan untuk sembuhkan kucing sakit seperti antibiotik atau sebagainya.)

❣️ inshaaAllah akan nampak perubahan kucing pada dua atau tiga hari selepas diberikan air rebusan rumput ni.
❣️ Kita hanya merancang Tuhan jua yang menyembuhkan asbab daripada rumput ni.

Saya ade jual air rebusan rumput ni .. Kalau ade yg nak boleh pm jerr .. Jauh boleh poskan 😊

Saturday, August 7, 2021

Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Yang Ramai Kita Tak Tahu

Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Yang Ramai Kita Tak Tahu.. 👇👇👇

Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb

1-Mencuci perutMencuci darah kotor 
2-mencantikkan struktur kulit dari dalam
3-Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah 
4-merawat penyakit kencing manis.
5-Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
6-Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
7-Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
8-Membantu masalah kegemukan 
9-*mengurangkan berat badanMenguatkan fungsi jantung
10-Merawat masalah sembelit & buasir
11-Melancarkan perjalanan darah
12-Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid 
13-Melegakan masalah sakit kepala / migraine
14-Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim 
15-*ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
16-Mengetatkan & meremajakan rahim
17-Menghilangkan lendir & sakit tekak
18-Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
19-Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
20-Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
21-Memperbanyakkan air susu ibu
22-Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
23-Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
24-Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
25-Memelihara keanjalan kulit *awet muda secara semulajadi

Cara cara

Goreng tanpa minyak sehingga garing
kisar halus
simpan dlm bekas kedap udara.

utk wanita 
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas 
minum pagi dan mlm

utk lelaki
Bancuh i sudu kecil dgn air panas dan tambahkan 1 sudu kecil madu dan perahan limau kasturi

#makbidancun
#bidanwarisan

Sumber : Fatima Alin Haji Saad

Friday, August 6, 2021

Mengatasi penyempitan pembuluh darah dengan cara semulajadi menggunakan ketumbar

Mengatasi penyempitan pembuluh darah dengan cara semulajadi menggunakan ketumbar. 

Sering mengalami kesemutan?.
Sering menguap walaupun sudah cukup tidur?. 
Sering terasa kebas-kebas kaki tangan?. 
Sering migrain?. 
Sering sesak nafas?. 
Sering terasa malas?. 
Sering terasa tiba-tiba burem?. 

Baiklah jika kita mengalami salah satu dari keluhan di atas, Ana Mahabu tuliskan mana tahu dapat membantu masalah anda. 

Caranya kita gunakan ketumbar biji : 

2 sudu teh ketumbar masukkan ke dalam gelas.
Siram dengan air mendidih.
Biarkan selama 20 minit. 
Tapis dan minum. 

Sebelum ini pun kita tahukan khasiat ketumbar biji. 
Sebelum kita ketahui apa manfaat ketumbar kita lihat dulu ciri-ciri penyumbatan darah dan darah beku. 

* Kulit pucat.
* Kesemutan di jari tangan atau kaki. 
* Mati Rasa atau kebas di anggota-anggota tubuh (misalannya tangan dan kaki).
* Mengalami kram. 
* Sakit kepala. 
* Badan terasa tidak seimbang. 
* Penglihatan buram atau sebahagiannya hilang. 

Manfaat lain dari ketumbar. 

Meningkatkan kesihatan tulang
Membantu masalah alergi kulit
Membantu meredakan sariawan
Melancarkan peredaran darah
Menurunkan kolestrol jahat 
Menjernihkan penglihatan
Membantu wanita dalam meringankan sakit ketika haid

Alhamdulillah setelah minum air ketumbar banyak perubahan yang saya rasakan menjadi sakit kepala kesemutan pun dah ok.  

Nak minum ikut keperluan badan masing-masing.  Ana Mahabu minum 1 hari sekali. Selama seminggu. Kalau ada penyakit eloklah diamalkan tiap hari hingga sembuh. Kalau untuk jaga kesihatan semingu 3 kali dah dah memadaihe

Ana Mahabu

Petua Menghilangkan Rasa Kebas

“Petua Menghilangkan Rasa Kebas"

Bahan-bahan:
1 Genggam Halba
2 Batang Serai
1 Sudu Asam Jawa
4cm Halia
5 gelas air.

Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih jadikan 5 gelas ke 3 gelas air. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.

Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.

Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.

Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.

Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.

Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Selamat Mencuba!

Friday, July 16, 2021

Mengatasi penyempitan pembuluh darah dengan cara semulajadi menggunakan ketumbar

 Mengatasi penyempitan pembuluh darah dengan cara semulajadi menggunakan ketumbar.

Sering mengalami kesemutan?.
Sering menguap walaupun sudah cukup tidur?.
Sering terasa kebas-kebas kaki tangan?.
Sering migrain?.
Sering sesak nafas?.
Sering terasa malas?.
Sering terasa tiba-tiba burem?.
Baiklah jika kita mengalami salah satu dari keluhan di atas, Ana Mahabu tuliskan mana tahu dapat membantu masalah anda.
Caranya kita gunakan ketumbar biji :
2 sudu teh ketumbar masukkan ke dalam gelas.
Siram dengan air mendidih.
Biarkan selama 20 minit.
Tapis dan minum.
Sebelum ini pun kita tahukan khasiat ketumbar biji.
Sebelum kita ketahui apa manfaat ketumbar kita lihat dulu ciri-ciri penyumbatan darah dan darah beku.
* Kulit pucat.
* Kesemutan di jari tangan atau kaki.
* Mati Rasa atau kebas di anggota-anggota tubuh (misalannya tangan dan kaki).
* Mengalami kram.
* Sakit kepala.
* Badan terasa tidak seimbang.
* Penglihatan buram atau sebahagiannya hilang.
Manfaat lain dari ketumbar.
Meningkatkan kesihatan tulang
Membantu masalah alergi kulit
Membantu meredakan sariawan
Melancarkan peredaran darah
Menurunkan kolestrol jahat
Menjernihkan penglihatan
Membantu wanita dalam meringankan sakit ketika haid
Alhamdulillah setelah minum air ketumbar banyak perubahan yang saya rasakan menjadi sakit kepala kesemutan pun dah ok.
Nak minum ikut keperluan badan masing-masing. Ana Mahabu minum 1 hari sekali. Selama seminggu. Kalau ada penyakit eloklah diamalkan tiap hari hingga sembuh. Kalau untuk jaga kesihatan semingu 3 kali dah dah memadaihe
Ana Mahabu
Hai Zam and 1 other
1 Share
Like
Comment
Share

Saturday, June 12, 2021

ubat gaut

*Jus Nenas Amirna*

Jus ini dihasilkan dgn kerjasama syarikat IMAN KASIH RESOURCES (AMIRNA) dgn (IKBN) Institut Belia Negara Naka Kedah

Jus ini dirumus khas utk membantu mereka yg ada masalah ghout, sakit-sakit sendi, lenguh² urat & kebas² yg berulang

*Bahan² rumusan*
✅Buah nenas batu
✅Lobak putih
✅Buah keras
✅Buah kote mamak
✅Timun terpilih
✅Bunga ros

Isian sebotol : 275ml

Wednesday, April 21, 2021

Kebaikan sacha inchi

https://www.facebook.com/watch/?v=285211676385964
Kebaikan sacha inchi

Tuesday, April 13, 2021

Sunday, January 31, 2021

lostbookofremedies

https://www.lostbookofremedies.com/vsl/index.php?r=8201&r=2615&hop=mrkt24&sc=17695450df945617a7a41b0b863340be6e6126c2&rx=1

Friday, January 15, 2021

Khasiat Daun Sena Makki ( Senna alexandrina )

Kredif Aqil Siraj

Khasiat Daun Sena Makki..
( Senna alexandrina )

Dengan nama Allah aku mulai, mengatakan faedahnya daun Sena Makki namanya, tempatnya di tanah Arab dan kata empunya isyarat , bermula ini terlalu banyak gunanya Daun Sena Makki itu diperbuat ubat maka jikalau dibuat ubat maka hendaklah digiling sangat² lumat akan Daun Sena Makki itu dengan batangnya dan dikerat tumbuk dengan buahnya setelah sudah maka inilah aturannya kami nyatakan faedahnya atas lima belas perkara :-

1- Jikalau hendak makannya diambil tepungnya yang ditumbuk itu sekira-kira berat tiga duit maka dicampurkan air madu yang baharu sekira-kira basah tepung daun kayu itu maka kita makan atau ditelan khasiatnya menghilangkan penyakit didalam dada, inilah gunanya

2- Jikalau dicampurkan gula pasir dengan tepung daun Sena Makki itu makan atau telan khasiatnya menghilangkan penyakit sejuk didalam badan kita serta menambahi akan kuat syahwat baginya, inilah gunanya..

3- Dicampur tepung itu dengan gula batu, kita makan atau telan khasiatnya memberi kuat didalam tulang dan perut dan urat, itulah adanya..

4- Dicampur tepung itu dengan minyak sapi dan gula pasir maka dimakan atau ditelan barang tiga pagi khasiatnya menghilangkan  yang jahat didalam badan dan perut kita itulah gunanya..

5- Diambil tepung Sena Makki itu dicampur dengan dadih yang baharu belum ditaruh garam maka dimakan atau ditelan khasiatnya menghilangkan sakit membasahkan otak (balgham) serta menghilangkan segala yang busuk pada mulut dan badan, inilah gunanya..

6- Jikalau dicampurkan dengan dadih air susu bakir bikir ( susu masam ) khasiatnya jadi menawarkan racun, tiadalah jadi mudarat oleh orang yang memakan racun itu, apabila dimakannya atau ditelannya, inilah gunanya..

7- Dicampurkan dengan air susu kambing dimakan atau ditelan khasiatnya kuat jimak serta badannya pun bertambah-tambah kuat, jikalau lemah sekalipun afiat olehnya, inilah gunanya..

8- Jikalau dicampurkan dengan tamar makan atau telan akan dia, mengeluarkan penyakit yang busuk-busuk mulut dan didalam badan dan perut pun sihat maka barang yang memakan pun lazat, inilah akan gunanya..

9- Tepung itu jikalau dicampurkan dengan buah rumman yakni delima, menguat akan badan dan memberi bersihkan dada dan terbuka nafsu, faedahnya, inilah gunanya..

10- Tepung itu jika dicampurkan dengan air buah anggur maka kita makan atau ditelan akan dia khasiatnya menerangkan mata yang kabur-kabur dan kelabu, inilah gunanya..

11- Tepung itu jikalau dicampurkan dengan air cuka maka kita makan atau ditelan khasiatnya menghilangkan penyakit demam gementar tulang dan segala penyakit didalam perut pun  sembuh, keluar, inilah faedahnya..

12- Tepung itu jikalau dicampurkan dengan air limau kapas khasiatnya jikalau dimakan atau ditelan mengeluarkan panas-panas didalam perut orang yang kurus badan maka gemuk-gemuk ia dan sihat ia pada tubuhnya, inilah faedahnya..

13- Tepung itu jikalau dicampurkan dengan air embun khasiatnya jika makan atau telan, menambahi cahaya mata dan terang pun bertambah-tambah, inilah gunanya..

14- Tepung itu jikalau dicampurkan dengan kulit delima putih maka direbus diminum khasiatnya menghilangkan sakit buang air darah didalam perut, Bermula badan pun sihat, inilah faedahnya..

15- Tepung itu jikalau dicampurkan dengan kelapa hijau maka direbus khasiatnya menghilangkan sakit kencing kedarah dan sayun serta penyakit raja dan mengeluarkan segala yang kotor-kotor yang cemar-cemar didalam zakar dan perut jikalau perempuan mengeluarkan yang cemar-cemar didalam farajnya serta sihat olehnya, inilah gunanya..

wallahua'lam bissowab

intaha Mujarabat Melayu....

intaha Mujarabat Melayu..