Thursday, December 29, 2022

petua sakit kudis buta

PETUA RAWAT KUDIS BUTA

Ambil sebiji buah pinang lalu dibuang kulitnya. Tumbuk isi buah pinang sehingga lumat lalu campurkan dengan minyak kelapa.

Lumurkan campuran ini pada kudis buta. Lakukan dengan kerap.

Kudis buta akan mula mengering dan pudar. Doa juga mohon kesembuhan. Insya Allah. Aamiin

Thursday, December 22, 2022

malberi sawi enggang Dan daun durian belanda

[12/22, 6:59 PM] Pakyob: KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.

Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls google ya
************************************************************************

Rujukan dan kredit pada : Nadzir Shafie
[12/22, 7:00 PM] Pakyob: 7 PETUA GUNA DAUN DURIAN BELANDA

Baru Kak Ya tahu daun durian belanda punya pelbagai khasiat. Sebelum nie hanya tahu khasiat buah sahaja😁 

Berikut adalah 7 khasiat dan petua guna daun durian belanda.

1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.  Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang di masak tadi sebanyak dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

2. Merawat Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas. Amalkan meminum sekali dalam sehari untuk ketahanan imun badan.

4. Mengatasi Penyakit Diabetis (Kencing Manis)
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas air, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood presure)
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit stroke adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang. Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir atau simbelit 
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja. Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas.Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Boleh cuba nie tapi ubat doktor jangan skip ye. Jiran depan umah tanam memang subur pokok nye

************************************************************************


Kredit : Leha Yusuf
[12/22, 7:03 PM] Pakyob: KHASIAT POKOK SAWI ENGGANG UNTUK KANSER PAYU DARA
ramai yang beranggapan pokok ini ialah rumput yang tumbuh di kebun- kebun. Tapi tidak ramai yang tahu nama dan khasiatnya. 
Ini ialah pokok sawi enggang, pucuknya boleh di buat sayur Dan ulam dicicah dengan sambal belacan. 
Rasanya sangat sedap Dan boleh menambahkan selera makan 
Khasiatnya : sangat mujarab untuk mengubati kanser payudara.
Caranya ialah makan pucuknya dibuat ulam.kesannya boleh dilihat selepas seminggu. Bengkak yang mengeras akan lembut Dan semakin mengecil. InsyaAllah...
Jangan tunggu Ada penyakit baru nak try, Sekarang pun boleh. Ambik , basuh makan cicah budu @ sambal belacan..untuk kesihatan
Credit : Mohd Khalid AYahkhalid