Friday, July 10, 2015

PETUA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

PETUA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Silalah cuba salah satu dari cara-cara dibawah….
1. Buah peria :
Makan biji buah Peria.
2. Pokok Hempedu Bumi / pokok Cerita :
Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi pokok Cerita.
3. Daun pokok Ati-ati :
Minum air rebusan daun pokok Ati-ati.
4. Taugeh
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
5. Daun pandan :
Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan Minum setiap pagi dan petang.
6. Bawang putih :
Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
7. Kunyit :
Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
8. Pokok dukung anak :
Minum air rebusan pokok Dukung Anak.
9. Air kembang semangkuk :
Untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.
Selamat mengamalkan

No comments:

Post a Comment