Wednesday, August 21, 2019

Ubat kuat - Rumput kepala lalat

Ubat kuat - Rumput kepala lalat



Rumput kepala lalat atau rumput mata lalat kaya adalah herba yang baik untuk kesihatan dan tenaga lelaki mahupun wanita. Rumput kepala lalat juga dikenali dengan nama rumput pendul, jukut pendul, sui wu gong, bosikad dan pakopako.  

Rumput kepala lalat dapat ditemukan di kawasan tertentu, seperti halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau tempat lapang yang terbiar.

Dalam konteks taburan populasi, tumbuhan ini ditemukan di Amerika Syarikat, Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, Australia, dan kepulauan Pasifik. Tergolong dalam keluarga Cyperaceae,

Untuk kesihatan tenaga lelaki, ambil keseluruhan pokok, termasuk akar dan kemudian direbus. Minum air rebusannya sebagai amalan harian.

Amalan minum air rebusan rumput kepala lalat juga untuk kekuatan fizikal dan mengelak dari terkena penyakit. Amat sesuai untuk mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga seperti buruh kasar.

Untuk wanita pula ambil bahagian bunganya dan dimakan terus. Amalkan dua atau tiga kuntum bunga setiap hari






No comments:

Post a Comment