Wednesday, March 11, 2020

Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer Cuma Guna 2 Bahan Modal RM11 Dapat 5 Botol


Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer, Cuma Guna 2 Bahan. Modal RM11 Dapat 5 Botol


Wabak COViiID 1 9 belum nampak akan berakhir dalam masa terdekat apatah lagi di Malaysia kes yang dijangkiti semalam meningkat begitu juga di negara lain.

Keadaan ini pada masa yang sama meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya langkah pencegahan penularan viruus yang salah satu daripadanya mencuci tangan atau menggunakan cecair pembersih tangan.

Kesedaran ini juga menyebabkan produk cecair pembersih tangan atau hand sanitizer ini laku keras. Masalahnya hingga ia sudah kehabisan stok.


Kalau anda sendiri sudah mencari merata farmasi tapi tetap tak berjumpa mungkin cara terbaik adalah dengan membuat sendiri hand sanitizer ini. Ya boleh buat sendiri! Jimat pun jimat.

Caranya boleh ikut perkongsian daripada seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa yang diperoleh dari ahli farmasi sendiri

Cara mudah buat homemade hand sanitizer
Bahan-bahannya mengikut suggestion ahli farmasi:

Dettol
Sterile Water


Cara membuat:
Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water.
Kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni: 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni: 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Boleh sukat mengguna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian
Akhirnya sekali letak dalam botol spray.

Info
Tapi saranan ahli farmasi itu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ia disebankan atas faktor ketebalan kulit.

Kesan Dettol agak kuat jugak. Bimbang ada kesan pada kulit kanak-kanak yg umurnya bawah 10 tahun.

Jimat!
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70.

Dengan kos RM11.70.Boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer.

Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!

Selamat mencuba!

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

No comments:

Post a Comment