Friday, May 15, 2020

MAKJUN ARAB

MAKJUN ARAB


CARA MEMBUAT MAKJUN ARAB 

Perkataan Makjun dari bahasa Arab yang bererti ubat penguat tubuh badan dan penguat tenaga syahwat. Makjun Arab antara ramuannya menggunakan ekor unta dan Makjun Turki menggunakan ekor sapi/lembu jantan. Samada ekor unta atau ekor lembu, kedua-duanya itu sama fungsinya iaitu sebagai bahan asasnya. Makjun Arab dibuat sebagai berikut:


Buah kurma - 20 biji


Ekor unta - 200 gram (boleh ganti dengan ekor kambing jantan)


Jadam - 5 gram


Susu kambing - 100 gram


Kismis - 50 gram


Kacang arab - 50 biji


Cara membuatnya:

Ambil air masak secawan. Kurma yang akan dijadikan makjun, buang terlebih dahulu bijinya. Gunakan sarung tangan dan perahlah kurma itu dengan melumat-lumatkannya dengan air masak yang disediakan itu. Kemudian peramkan di dalam satu bekas. Tutup menggunakan kain bersih yang agak jarang, ikatnya pada leher sekeliling bekas itu. Kain penutup dalam keadaan tegang, supaya dapat dimasuki sedikit udara. Dalam masa seminggu atau lebih, kurma telah menjadi asidik/asid kurma, seperti nira. (1)

Ekor unta/kambing jantan di rebus bersama kacang arab. Jika kacang arab tidak ada, gantikan kacang merah atau kacang kuda. Rebus dengan air secukupnya. Setelah masak, lumatkan. (2)

Bahan tersebut (2) bahagi dua sama banyak untuk:

a) Satu bahagian yang diuli/adun dengan jadam. Seterusnya jadikan bulat-bulat, kecil sebesar biji saga dan dijemur beberapa jam. Ramuan ini pahit. Oleh itu perlu dilapisi sesudah kering menggunakan ramuan b).

b) Satu bahagian lagi adalah bahan pelapis, supaya tidak terasa pahit. Caranya: Tumbuk halia, bunga cengkih dan pelaga, semuanya bersama disatukan hingga lumat, berat masing-masig 30, 20 dan 10 gram. Kemudian bubuh bersama pemanis dari kismis secukupnya.

Dari setengah bahagian pada (2) itu, lumatkan bersama b) dalam keadaan pekat. Sekarang lapiskanlah biji-biji pahit yang sebesar saga tadi, dengan ramuan pelapis b) itu, kemudian dijemur sehingga kering. Adapun susu kambing itu sebagai bahan cairan yang digunakan untuk melumatkan pada pembuatan b).

Makjun Arab sangat keras dan kuat. Hanya di makan pada waktu hendak tidur malam. Beberapa biji makjun yang boleh dihasilkan dari rumusan tadi bergantung pada besar kecilnya makjun itu. Kalau kecil sangat 3-4 biji sekali makan, dan kalau di buat sebesar biji rambutan cukup sebiji sekali makan.

Gambar menunjukkan bekas/pasu kecil yang digunakan untuk mengeramkan kurma sebagaimana yang diterangkan.



Perhatikan kain penutup dalam keadaan tegang. Proses pengeraman dijemur, dan jangan sampai kain penutupnya itu basah terkena air/air hujan. Pada waktu petang bekas itu di bawa masuk ke dalam rumah. Siangnya di jemur lagi. Semakin teriknya sinar matahari semakin cepat proses asid kurma dihasilkan. Jika asid kurma sudah menjadi, gunakan penapis dan masukkan dalam botol dengan penutupnya yang betul-betul rapat. Buka dan gunakan bila perlu sahaja.

No comments:

Post a Comment