CARA BUAT MINYAK SERAI WANGI
Bahan bahannya ialah:
2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi)
1 cawan air
7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
3 helai daun pandan
3 ulas bawang putih (Ketukkan)
15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.
Cara caranya ialah:
Serai wangi dan daun pandan dibersihkan dan potong.
Ketukkan bahagian akar serai wangi yang bertombak tu bagi pecah.
Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
Sejukkan masukkan dalam,
minyak dan boleh simpan dalam botol.
Khasiat Minyak Serai :
> Minyak serai wangi ni boleh buat urut orang bersalin,
> Melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh.
> Bayi atau kanak-kanak kembung perut pun boleh juga digunakan.
> Bengkak kaki tangan
> Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.
Ana Mahabu
No comments:
Post a Comment