Saturday, November 28, 2020

Halia hitam pulihkan diabetes

HERBA KHUSUS UNTUK LEMAH SYAHWAT DEK DIABETES
.
.
Cara-cara untuk ikhtiar turunkan bacaan daripada 12.3 kepada 6.7 dalam masa 14 hari:

Mula-mula dapatkan kunyit hitam mentah. Kulitnya hendaklah di­bersihkan terlebih dahulu. Setelah itu rendam di dalam air yang bercampur dengan sedikit garam selama satu jam untuk membuang getah pada rizom kunyit hitam.

Kisar kunyit hitam bersama dengan air putih (5 gelas). Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jangan lupa tambah sedikit madu asli sekiranya hendakkan sedikit rasa manis pada jus kunyit hitam.

Simpan didalam peti sejuk agar dapat bertahan lama. Minum suku cawan setiap pagi dan malam.

Anda akan dapat rasa perbezaannya. Amalkan minum jus kunyit hitam seminggu dua kali sahaja.

*Terlalu kerap minum boleh membawa mudarat.

Friday, November 27, 2020

Pokok gandarusa

https://www.facebook.com/groups/323514474476637/permalink/1623117427849662/?sfnsn=mo

untuk merancang  menjarakan  penghamilan.bg org lelaki makan pucuknya dlm 3 helai sebelum berjimak.sebab daun ni bolih mematikan sperma.(bukan mandul) ye.sebab org papua mengamalkannya.
selain tu jika ada bisul.tumbuk dan tampal.buat lubang di bahagian kepala bisul tu.cepat kecut dan parut cepat hilang.

Pokok gandasuli






Pokok gandasuli  ubinya di gunakan dlm perubatan herba untuk penyakit  fibroid...melancarkan perjalanan darah haid...bagus untuk rawatan perempuan lepas keguguran...demam tak kebah...Ubinya boleh di racik halus di jadikan sebagai ulam...boleh juga di tumbuk ubinya  kemudian di rebus minum airnya...Gandasuli sering di kaitkan dengan dua lagi pokok yang bernama Ganda...iaitu pokok ganda Lepok dan ganda rusa...Ganda Lepok pokok seakan pokok kunyit putih bezanya daun juga mempunyai sedikit corak batik nada gelap berlainan kunyit putih daunnya bercorak batik nada  putih...Ganda Lepok juga di tanam menggunakan rizomnya seperti temu...Sementara gandarusa pokok yang mempunyai dahan dan ranting tak ada ubi....

Bau bunganya sangat wangi

Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm terletak di Kampung Kubang Bemban

Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm terletak di Kampung Kubang Bemban,,, Jalan Tandop Besar-Naka,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...

Laman herba persendirian ini dibuka untuk lawatan dan juga perkongsian maklumat herba serta jualan semaian pada setiap hari RABU dan KHAMIS dari jam 10 pagi - 6 petang... Serta hari SABTU dari jam 3 petang - 6 petang berdasarkan temujanji awal...

Syed Elyas 019-5671963 call dan wassup
(Jam 8 pagi - 5 petang sahaja)

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

https://www.facebook.com/448710008508041/posts/3320586891320324/

Tuesday, November 24, 2020

Khasiat kayu putih atau gelam

Gelam atau Kayu putih (Melaleuca leucadendra syn. M. leucadendron) merupakan pohon anggota suku jambu-jambuan (Myrtaceae) yang dimanfaatkan sebagai sumber minyak kayu putih (cajuput oil). Minyak diekstrak (biasanya disuling dengan wap) terutama dari daun dan rantingnya. Namanya diambil dari warna batangnya yang memang putih.
Tumbuhan ini terutama tumbuh baik di Indonesia bahagian timur dan Australia bahagian utara, namun demikian dapat pula diusahakan di daerah-daerah lain yang memiliki musim kemarau yang jelas.
Minyak kayu putih mudah meruap. Pada hari yang panas orang yang berdekatan dengan pohon ini akan dapat membauinya dari jarak yang cukup jauh.

Sebagai tumbuhan industri, kayu putih dapat diusahakan dalam bentuk hutan usaha (agroforestri). Perhutanan memiliki beberapa hutan kayu putih untuk memproduksinya. Minyak kayu putih yang diambil dari penyulingan biasa dipakai sebagai minyak balur atau campuran minyak pengubatan lain (seperti minyak telon) atau campuran parfum serta produk rumah tangga lain. (Rujukan: Wikipedia)

Kayu putih dapat tumbuh di tanah tandus, tahan panas dan dapat bertunas kembali setelah terjadi kebakaran. Tanaman ini dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 400 m dpl, dapat tumbuh  dekat pantai di belakang hutan bakau, di tanah berawa atau membentuk hutan kecil di tanah kering sampai basah. Pohon, tinggi 10 – 20 m, kulit batangnya berlapis-lapis, berwarna putih keabu-abuan dengan permukaan kulit yang terkelupas tidak beraturan. Batang pohonnya tidak terlalu besar, dengan percabangan yang menggantung ke bawah. Daun tunggal, agak tebal seperti kulit, bertangkai pendek, letak berseling. Helaian daun berbentuk jorong atau lanset, panjang 4.5-15 cm, lebar 0.75-4 cm, hujung dan pangkalnya runcing, tepi rata, tulang daun hampir sejajar. Permukaan daun berambut, warna hijau kelabu sampai hijau kecoklatan, Daun bila diremas atau dimemarkan berbau minyak kayu putih.

Perbungaan majemuk bentuk bulir, bunga berbentuk seperti lonceng, daun mahkota warna putih, kepala putik berwarna putih kekuningan, keluar di hujung percabangan. Buah panjang 2,5-3 mm, lebar 3-4 mm, warnanya coklat muda sampai coklat tua. Bijinya halus, sangat ringan seperti sekam, berwarna kuning.

Buahnya sebagai obat tradisional disebut merica bolong.

Ada beberapa varietas pohon kayu putih. Ada yang kayunya berwarna merah, dan ada yang kayunya berwarna putih. Rumphius membedakan kayu putih dalam varietas daun besar dan varietas daun kecil. Varietas yang berdaun kecil, yang digunakan untuk membuat minyak kayu putih. Daunnya, melalui proses penyulingan, akan menghasilkan minyak atsiri yang disebut minyak kayu putih, yang warnanya kekuning-kuningan sampai kehijau-hijauan. Perbanyakan dengan biji atau tunas akar.

Penyakit Yang Dapat Diobati :


Reumatik


Radang usus


Diare


Radang kulit


Batuk


Demam, flu


Sakit kepala


sakit gigi


Ekzema


Nyeri pada tulang dan saraf


Lemah tidak bersemangat (neurasthenia)


Susah tidur


Asma


BAHAGIAN YANG DIPAKAI:

Kulit pohon, daun, ranting, buah.

KEGUNAAN :

Daun:


Rematik.


Nyeri pada tulang dan syaraf (neuralgia).


Radang usus, diare, perut kembung.


Radang kulit.


Ekzema, sakit kulit karena alergi.


Batuk, demam, flu.


Sakit kepala, sakit gigi.


Sesak nafas (asma)


Kulit kayu : Lemah tidak bersemangat (neurasthenia). Susah tidur.

PEMAKAIAN :
Untuk minum: Daun: 10-15 g, direbus.
Pemakaian luar: Kulit atau daun secukupnya digiling halus, untuk pemakaian setempat seperti alergik dermatitis, ekzema, luka bernanah atau daun segar secukupnya direbus, airnya untuk cuci.

CARA PEMAKAIAN :

1. Rasa lesu dan lemah, insomnia:

Kulit kering sebanyak 6-10 g dipotong-potong seperlunya, direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas.  Setelah dingin disaring. minum.

2. Rematik, nyeri syaraf, radang usus, diare:

Daun kering sebanyak 6-10 g direbus dengan 2 gelas air sampai tersisa 1 gelas.  Setelah dingin disaring, minum.

3. Radang kulit, ekzema:

Daun segar sebanyak 1 genggam dicuci bersih, rebus dengan 3 gelas air air bersih sampai mendidih. Hangat-hangat dipakai untuk mencuci bagian kulit yang sakit.

4. Luka bernanah:

Kulit muda, sedikit jahe dan asam, dikunyah, lalu ditempelkan pada luka terbuka yang bernanah. Ramuan ini akan menghisap nanah dari luka tersebut dan membersihkannya.

CATATAN :

– Sulingan minyak dari daun dan ranting dinamakan minyak kayu putih (cajeput oil), yang berkhasiat sebagai obat gosok pada bagian tubuh yang sakit atau nyeri, seperti sakit gigi, sakil telinga, sakit kepala, pegal-pegal dan encok, kejang pada kaki atau menghilangkan perut  kembung, gatal digigit serangga, luka baru, luka bakar, kadang sebagai obat batuk.

MAKLUMAT  TAMBAHAN


Minyak kayu putih yang murni, bila dikocok didalam botol, maka gelembung-gelembung yang terbentuk dipermukaan akan cepat  menghilang. Bila minyak kayu putih dipalsukan, yaitu dicampur dengan minyak tanah atau bensin, maka gelembung-gelembung yang  terbentuk setelah dikocok, tidak akan cepat menghilang.


Komposisi :

SIFAT KIMIAWI DAN EFEK FARMAKOLOGIS:

KULIT POHON : Tawar, netral – Penenang.

DAUN : Pedas, kelat, hangat – Menghilangkan sakit (analgetik), peluruh keringat (diaforetik), anti rheumatik, peluruh kentut (karminatif, pereda kolik (spasmolitik).

BUAH: Berbau aromatis dan pedas – Meningkatkan napsu makan (stomakik), karminatif, dan obat sakit perut.

KANDUNGAN KIMIA:

Kulit pohon : Lignin, melaleucin.

Daun : Minyak atsiri, terdiri dari sineol 50%-65%, Alfa-terpineol, valeraldehida dan benzaldehida.

————————————————————————————————————————————


Pokok gelam atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell adalah sejenis tanaman hiasan yang banyak dijumpai di tepi jalan, tasik atau sungai. Pokok ini mudah dikenali dengan keadaan batangnya yang mudah merekah dan boleh dikopek. Kebiasaannya pokok ini dijadikan bahan dalam membuat perabot dan sebagainya. Di sesetengah negeri seperti di Melaka, pokok ini ada ditanam di sepanjang jalan yang berfungsi sebagai teduhan.

Namun begitu, kegunaan utama pokok gelam adalah untuk mendapatkan minyaknya. Minyak gelam ini selalunya digunakan sebagai perisa masakan dan pewangi yang menyegarkan dalam pembersih, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun.
Ðikenali juga dengan nama pokok kayu putih, pokok gelam tergolong dalam keluarga myrtaceae dan boleh dijumpai di Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Papua New Guinea dan juga Australia.
Pokoknya adalah jenis pokok renek atau sederhana besar. Kulit pokok berwarna putih, putih kelabu atau kelabu perang.batang pokok gelam yang merekah
Kulit pokoknya juga sering mempunyai sedikit warna perang oren. Kulitnya lekang seperti kepingan kertas yang tanggal secara memanjang.
Ðaun pokok gelam berwarna hijau kelabu dan berbentuk mata lembing, berukuran 5-12 cm. Ðaun mudanya berbulu. Bunganya kecil dan tangkai bunganya bercantum di ranting. Buahnya berbentuk bulat leper. Buahnya yang muda mampu menghasilkan buih dan digunakan sebagai sabun. Bahagian pokok gelam yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bahagian kulit pokok, daun, ranting dan juga buah.daun pokok gelam berbentuk mata lembing
Ðaun gelam bersifat anti bakteria, anti inflamasi, sedatif serta menenteramkan fikiran dan meredakan sakit. Ðaun gelam dikatakan mampu menghasilkan kuantiti kecil minyak mudah meruap yang amat jernih dan mempunyai bau yang kuat. Minyak gelam yang disuling daripada pokok adalah minyak yang tulen dan mengandungi cineol. Minyak gelam tidak bertoksik dan tiada alahan tetapi pada kepekatan yang tinggi, ia boleh menyebabkan kulit menjadi gatal.bunga pokok gelam
Minyak yang dihasilkan daripada daun gelam dikatakan mampu digunakan untuk tujuan perubatan. Apabila digunakan sebagai minyak sapu, ia dikatakan mampu memberi rangsangan dan mengendurkan rasa sakit pesakit reumatik dan gout. Bukan itu sahaja, minyak gelam juga sering digunakan untuk mengurut sakit sendi, lenguh anggota, gigitan haiwan, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, kejang otot kaki, pelbagai penyakit kulit, kulit lecur atau terbakar, menghalang jangkitan, mencuci luka, reumatisme dan sakit saraf di kepala dan muka.

Hilangkan letih
Minyak pati ini dikatakan mampu juga digunakan dalam merawat masalah sistem pencernaan dan masalah kulit. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam menyeimbangkan dan merangsang minda agar lebih cergas dan aktif. Minyak pati ini juga mempunyai ciri-ciri antiseptik ke atas salur pernafasan di samping mampu meredakan kesakitan pada bahagian kepala, sakit gout dan juga lenguh-lenguh pada sendi. Selain itu, minyak pati daun gelam ini juga dapat membantu sesiapa yang terlalu letih, tertekan dan merasa lemah. Amalan penggunaan minyak daun gelam ini dikatakan mampu meredakan perasaan marah dan melawan perasaan yang tertekan.

Sedikit minyak gelam yang telah dicampurkan sedikit gula kemudian ditelan dikatakan membantu merawat perut memulas, kolera, sebagai tonik perut dan mengurangkan rasa sakit. Minyak gelam jika dihidu dikatakan mampu mengubati bengkak membrane mukus dalam hidung dan selsema. Kulit pokok gelam pula dikatakan boleh ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk atau ubat tampal untuk mempercepatkan bisul masak dan mengeluarkan nanah.

Buah gelam dikatakan dapat merawat deman kepialu, demam campak serta deman panas. Cara penggunaannya ialah 7 tangkai buah gelam dan 7 pokok dukung anak direbus sehingga mendidih. Kemudian diminum 3 kali sehari sebelum makan.Buah gelam juga dikatakan boleh direbus bersama daun cucur untuk tujuan dijadikan air rebusan yang boleh diminum untuk mengatasi pelbagai masalah perut. Ðaun gelam juga dikatakan boleh dijadikan teh herba untuk diminum bagi rawatan penyakit busung dan asma.

Ðaun gelam yang segar pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi melegakan masalah radang kulit dan ekzema. Bagi menyediakan ramuan ini, ambil kira-kira satu genggam daun yang telah dicuci bersih. Rebus daun ini dengan tiga gelas air hingga mendidih. Jadikan air ini sebagai air pencuci bahagian kulit yang bermasalah.

Ðaun gelam juga boleh bertindak sebagai ubat cacing. Cara penggunaannya ialah 14 helai daun gelam dicampur dengan daun pandan wangi serta beberapa jenis daun lagi. Rebus campuran tersebut sehingga mendidih. Ia boleh diminum 3 kali sehari sebelum makan.Selain daun, bahagian kulit pokok yang kering juga dikatakan berguna sebagai ramuan ubatan. Antaranya adalah untuk mengurangkan rasa lesu, lemah dan insomnia.
Penyediaannya, ambillah kira-kira 10 keping kulit yang telah dipotong dan kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan ia mereneh sehingga menjadi pekat (anggaran segelas air). Minumlah air ini setelah sejuk.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok gelam, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
sumber : http://laman-seri.blogspot.my/

Thursday, November 5, 2020

Sacha inchi

sacha inchi

https://www.verywellfit.com/the-benefits-of-sacha-inchi-89510

https://www.google.com/search?q=sacha+inchi&oq=sacha+inchi&aqs=chrome..69i57j46j0l3.5599j0j4&client=tablet-android-samsung&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8#scso=_zQykX-bXJ5al9QPXg4nYBg40:0