Tuesday, November 24, 2020

Khasiat kayu putih atau gelam

Gelam atau Kayu putih (Melaleuca leucadendra syn. M. leucadendron) merupakan pohon anggota suku jambu-jambuan (Myrtaceae) yang dimanfaatkan sebagai sumber minyak kayu putih (cajuput oil). Minyak diekstrak (biasanya disuling dengan wap) terutama dari daun dan rantingnya. Namanya diambil dari warna batangnya yang memang putih.
Tumbuhan ini terutama tumbuh baik di Indonesia bahagian timur dan Australia bahagian utara, namun demikian dapat pula diusahakan di daerah-daerah lain yang memiliki musim kemarau yang jelas.
Minyak kayu putih mudah meruap. Pada hari yang panas orang yang berdekatan dengan pohon ini akan dapat membauinya dari jarak yang cukup jauh.

Sebagai tumbuhan industri, kayu putih dapat diusahakan dalam bentuk hutan usaha (agroforestri). Perhutanan memiliki beberapa hutan kayu putih untuk memproduksinya. Minyak kayu putih yang diambil dari penyulingan biasa dipakai sebagai minyak balur atau campuran minyak pengubatan lain (seperti minyak telon) atau campuran parfum serta produk rumah tangga lain. (Rujukan: Wikipedia)

Kayu putih dapat tumbuh di tanah tandus, tahan panas dan dapat bertunas kembali setelah terjadi kebakaran. Tanaman ini dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 400 m dpl, dapat tumbuh  dekat pantai di belakang hutan bakau, di tanah berawa atau membentuk hutan kecil di tanah kering sampai basah. Pohon, tinggi 10 – 20 m, kulit batangnya berlapis-lapis, berwarna putih keabu-abuan dengan permukaan kulit yang terkelupas tidak beraturan. Batang pohonnya tidak terlalu besar, dengan percabangan yang menggantung ke bawah. Daun tunggal, agak tebal seperti kulit, bertangkai pendek, letak berseling. Helaian daun berbentuk jorong atau lanset, panjang 4.5-15 cm, lebar 0.75-4 cm, hujung dan pangkalnya runcing, tepi rata, tulang daun hampir sejajar. Permukaan daun berambut, warna hijau kelabu sampai hijau kecoklatan, Daun bila diremas atau dimemarkan berbau minyak kayu putih.

Perbungaan majemuk bentuk bulir, bunga berbentuk seperti lonceng, daun mahkota warna putih, kepala putik berwarna putih kekuningan, keluar di hujung percabangan. Buah panjang 2,5-3 mm, lebar 3-4 mm, warnanya coklat muda sampai coklat tua. Bijinya halus, sangat ringan seperti sekam, berwarna kuning.

Buahnya sebagai obat tradisional disebut merica bolong.

Ada beberapa varietas pohon kayu putih. Ada yang kayunya berwarna merah, dan ada yang kayunya berwarna putih. Rumphius membedakan kayu putih dalam varietas daun besar dan varietas daun kecil. Varietas yang berdaun kecil, yang digunakan untuk membuat minyak kayu putih. Daunnya, melalui proses penyulingan, akan menghasilkan minyak atsiri yang disebut minyak kayu putih, yang warnanya kekuning-kuningan sampai kehijau-hijauan. Perbanyakan dengan biji atau tunas akar.

Penyakit Yang Dapat Diobati :


Reumatik


Radang usus


Diare


Radang kulit


Batuk


Demam, flu


Sakit kepala


sakit gigi


Ekzema


Nyeri pada tulang dan saraf


Lemah tidak bersemangat (neurasthenia)


Susah tidur


Asma


BAHAGIAN YANG DIPAKAI:

Kulit pohon, daun, ranting, buah.

KEGUNAAN :

Daun:


Rematik.


Nyeri pada tulang dan syaraf (neuralgia).


Radang usus, diare, perut kembung.


Radang kulit.


Ekzema, sakit kulit karena alergi.


Batuk, demam, flu.


Sakit kepala, sakit gigi.


Sesak nafas (asma)


Kulit kayu : Lemah tidak bersemangat (neurasthenia). Susah tidur.

PEMAKAIAN :
Untuk minum: Daun: 10-15 g, direbus.
Pemakaian luar: Kulit atau daun secukupnya digiling halus, untuk pemakaian setempat seperti alergik dermatitis, ekzema, luka bernanah atau daun segar secukupnya direbus, airnya untuk cuci.

CARA PEMAKAIAN :

1. Rasa lesu dan lemah, insomnia:

Kulit kering sebanyak 6-10 g dipotong-potong seperlunya, direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas.  Setelah dingin disaring. minum.

2. Rematik, nyeri syaraf, radang usus, diare:

Daun kering sebanyak 6-10 g direbus dengan 2 gelas air sampai tersisa 1 gelas.  Setelah dingin disaring, minum.

3. Radang kulit, ekzema:

Daun segar sebanyak 1 genggam dicuci bersih, rebus dengan 3 gelas air air bersih sampai mendidih. Hangat-hangat dipakai untuk mencuci bagian kulit yang sakit.

4. Luka bernanah:

Kulit muda, sedikit jahe dan asam, dikunyah, lalu ditempelkan pada luka terbuka yang bernanah. Ramuan ini akan menghisap nanah dari luka tersebut dan membersihkannya.

CATATAN :

– Sulingan minyak dari daun dan ranting dinamakan minyak kayu putih (cajeput oil), yang berkhasiat sebagai obat gosok pada bagian tubuh yang sakit atau nyeri, seperti sakit gigi, sakil telinga, sakit kepala, pegal-pegal dan encok, kejang pada kaki atau menghilangkan perut  kembung, gatal digigit serangga, luka baru, luka bakar, kadang sebagai obat batuk.

MAKLUMAT  TAMBAHAN


Minyak kayu putih yang murni, bila dikocok didalam botol, maka gelembung-gelembung yang terbentuk dipermukaan akan cepat  menghilang. Bila minyak kayu putih dipalsukan, yaitu dicampur dengan minyak tanah atau bensin, maka gelembung-gelembung yang  terbentuk setelah dikocok, tidak akan cepat menghilang.


Komposisi :

SIFAT KIMIAWI DAN EFEK FARMAKOLOGIS:

KULIT POHON : Tawar, netral – Penenang.

DAUN : Pedas, kelat, hangat – Menghilangkan sakit (analgetik), peluruh keringat (diaforetik), anti rheumatik, peluruh kentut (karminatif, pereda kolik (spasmolitik).

BUAH: Berbau aromatis dan pedas – Meningkatkan napsu makan (stomakik), karminatif, dan obat sakit perut.

KANDUNGAN KIMIA:

Kulit pohon : Lignin, melaleucin.

Daun : Minyak atsiri, terdiri dari sineol 50%-65%, Alfa-terpineol, valeraldehida dan benzaldehida.

————————————————————————————————————————————


Pokok gelam atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell adalah sejenis tanaman hiasan yang banyak dijumpai di tepi jalan, tasik atau sungai. Pokok ini mudah dikenali dengan keadaan batangnya yang mudah merekah dan boleh dikopek. Kebiasaannya pokok ini dijadikan bahan dalam membuat perabot dan sebagainya. Di sesetengah negeri seperti di Melaka, pokok ini ada ditanam di sepanjang jalan yang berfungsi sebagai teduhan.

Namun begitu, kegunaan utama pokok gelam adalah untuk mendapatkan minyaknya. Minyak gelam ini selalunya digunakan sebagai perisa masakan dan pewangi yang menyegarkan dalam pembersih, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun.
Ðikenali juga dengan nama pokok kayu putih, pokok gelam tergolong dalam keluarga myrtaceae dan boleh dijumpai di Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Papua New Guinea dan juga Australia.
Pokoknya adalah jenis pokok renek atau sederhana besar. Kulit pokok berwarna putih, putih kelabu atau kelabu perang.batang pokok gelam yang merekah
Kulit pokoknya juga sering mempunyai sedikit warna perang oren. Kulitnya lekang seperti kepingan kertas yang tanggal secara memanjang.
Ðaun pokok gelam berwarna hijau kelabu dan berbentuk mata lembing, berukuran 5-12 cm. Ðaun mudanya berbulu. Bunganya kecil dan tangkai bunganya bercantum di ranting. Buahnya berbentuk bulat leper. Buahnya yang muda mampu menghasilkan buih dan digunakan sebagai sabun. Bahagian pokok gelam yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bahagian kulit pokok, daun, ranting dan juga buah.daun pokok gelam berbentuk mata lembing
Ðaun gelam bersifat anti bakteria, anti inflamasi, sedatif serta menenteramkan fikiran dan meredakan sakit. Ðaun gelam dikatakan mampu menghasilkan kuantiti kecil minyak mudah meruap yang amat jernih dan mempunyai bau yang kuat. Minyak gelam yang disuling daripada pokok adalah minyak yang tulen dan mengandungi cineol. Minyak gelam tidak bertoksik dan tiada alahan tetapi pada kepekatan yang tinggi, ia boleh menyebabkan kulit menjadi gatal.bunga pokok gelam
Minyak yang dihasilkan daripada daun gelam dikatakan mampu digunakan untuk tujuan perubatan. Apabila digunakan sebagai minyak sapu, ia dikatakan mampu memberi rangsangan dan mengendurkan rasa sakit pesakit reumatik dan gout. Bukan itu sahaja, minyak gelam juga sering digunakan untuk mengurut sakit sendi, lenguh anggota, gigitan haiwan, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, kejang otot kaki, pelbagai penyakit kulit, kulit lecur atau terbakar, menghalang jangkitan, mencuci luka, reumatisme dan sakit saraf di kepala dan muka.

Hilangkan letih
Minyak pati ini dikatakan mampu juga digunakan dalam merawat masalah sistem pencernaan dan masalah kulit. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam menyeimbangkan dan merangsang minda agar lebih cergas dan aktif. Minyak pati ini juga mempunyai ciri-ciri antiseptik ke atas salur pernafasan di samping mampu meredakan kesakitan pada bahagian kepala, sakit gout dan juga lenguh-lenguh pada sendi. Selain itu, minyak pati daun gelam ini juga dapat membantu sesiapa yang terlalu letih, tertekan dan merasa lemah. Amalan penggunaan minyak daun gelam ini dikatakan mampu meredakan perasaan marah dan melawan perasaan yang tertekan.

Sedikit minyak gelam yang telah dicampurkan sedikit gula kemudian ditelan dikatakan membantu merawat perut memulas, kolera, sebagai tonik perut dan mengurangkan rasa sakit. Minyak gelam jika dihidu dikatakan mampu mengubati bengkak membrane mukus dalam hidung dan selsema. Kulit pokok gelam pula dikatakan boleh ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk atau ubat tampal untuk mempercepatkan bisul masak dan mengeluarkan nanah.

Buah gelam dikatakan dapat merawat deman kepialu, demam campak serta deman panas. Cara penggunaannya ialah 7 tangkai buah gelam dan 7 pokok dukung anak direbus sehingga mendidih. Kemudian diminum 3 kali sehari sebelum makan.Buah gelam juga dikatakan boleh direbus bersama daun cucur untuk tujuan dijadikan air rebusan yang boleh diminum untuk mengatasi pelbagai masalah perut. Ðaun gelam juga dikatakan boleh dijadikan teh herba untuk diminum bagi rawatan penyakit busung dan asma.

Ðaun gelam yang segar pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi melegakan masalah radang kulit dan ekzema. Bagi menyediakan ramuan ini, ambil kira-kira satu genggam daun yang telah dicuci bersih. Rebus daun ini dengan tiga gelas air hingga mendidih. Jadikan air ini sebagai air pencuci bahagian kulit yang bermasalah.

Ðaun gelam juga boleh bertindak sebagai ubat cacing. Cara penggunaannya ialah 14 helai daun gelam dicampur dengan daun pandan wangi serta beberapa jenis daun lagi. Rebus campuran tersebut sehingga mendidih. Ia boleh diminum 3 kali sehari sebelum makan.Selain daun, bahagian kulit pokok yang kering juga dikatakan berguna sebagai ramuan ubatan. Antaranya adalah untuk mengurangkan rasa lesu, lemah dan insomnia.
Penyediaannya, ambillah kira-kira 10 keping kulit yang telah dipotong dan kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan ia mereneh sehingga menjadi pekat (anggaran segelas air). Minumlah air ini setelah sejuk.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok gelam, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
sumber : http://laman-seri.blogspot.my/

1 comment:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete