JANTUNG PISANG - BANTU Masalah PENDARAHAN Berlebihan & Sebagai ANTIDIABETIS
Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi
Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g dalam 100g).
Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan kaya bahan berkhasiat.
Antaranya adalah alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.
Jantung PISANG SUSU paling TINGGI khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali
Pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid.
Jantung membantu meningkatkan tahap hormon (progesteron) dalam badan dan boleh kurangkan pendarahan.
Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukan memakan jantung pisang setiap hari selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Rujukan
1. European Journal of Scientific Research (2011)Vol.66 No.2 pp. 311-318
2. International Journal of ChemTech Research (2014) Vol.6 (9) 4446-4454
3. Int. Food Research Journal (2016) 23(5) 1988-1995
No comments:
Post a Comment