HALIA dan Kesannya Terhadap DIABETIS
Halia juga bersifat antidiabetis, lebih baik berbanding bawang putih. Kajian klinikal mendapati penggunaan serbuk halia pada dos 3 g sehari selama 30 hari dapat turunkan gula dalam darah. Selain dari itu, ia boleh turunkan kolesterol dan trigliserida dikalangan pesakit diabetes Type 2.
Pengunaan halia segar juga boleh, cuma biasanya dos yang digunakan adalah double dari dos biasa iaitu 6g.
Kajian yang diterbitkan dalam Asian Journal Experimental Science pada tahun 2009 juga mendapati halia berpotensi merendahkan gula dalam darah dan merendahkan kadar protein dalam air kencing - sesuai untuk pesakit buah pinggang.
Bahan khasiat dalam halia dikenali sebagai gingerol dan shogoal
Hala bentong lebih tinggi bahan bahan khasiat ini berbanding halia biasa. Cuma harga halia bentong biasanya lebih mahal berbanding halia biasa.
#DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist
No comments:
Post a Comment