Monday, March 7, 2016

Color vibration theraphy

Geraham badak.
Peninggalan arwah mentua saya.

Apa gunanya ?

Sapa sapa yg lekat tulang ikan kat kerongkong, ambil air asahan geraham badak ini dan sapukan di kawasan leher di kawasan lekatnya tulang itu....

InsyaAllah dlm masa 24 jam lebih kurang, tulang itu akan hancur dan cair.... 
Dah puluhan org menerima rawatan cara ini
ADAKAH INI KHURAFAT ?

Lagi satu petua.
Kanak kanak yg sering muntah.... ambil tali kasut ( yg baru yg masih belum diguna lagi ) , baca solawat sambil simpul tali tadi sebanyak 11 kali ....insyaAllah muntah tadi akan terhenti serta merta !

Banyak lagi petua petua org org tua dulu yg sering dicoba dan ia mujarab !

ADAKAH SEMUA ITU KHURAFAT DAN SYIRIK ?

Syirik ialah menduakan Tuhan atau menganggap ada lagi kuasa lain yg lain selain Allah.

DEFINISI KHURAFAT

Kamus Bahasa Arab:
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:

KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Kesimpulannya
KHURAFAT

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

CIRI-CIRI KHURAFAT

   1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
   2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
   3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
   4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
   5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
   6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus

Persoalannya.... adakah petua petua org org tua kita ada unsur khurafat ?

**** kalau pakai tali kasut kat leher tanpa percaya yg tali kasut lebih berkuasa dari Allah... adakah ia salah ?
Menggunakan air asahan geraham badak bertujuan nak hilangkan tulang yg melekat kat kerongkong juga khurafat ?

Saya pernah belajar colour vibration theraphy dari Dr Norhisyam dulu mendapati ada bukti fizik bersangkut paut dengan petua petua org2 tua.

Satu contoh: kalau sakit beguk (bengkak kelenjar), org akan sapu iodin (berwarna biru) dekat leher. Mengikut kajian colour vibration theraphy kalau diikat kain yg berwarna biru kat leher juga akan dapat menyembuhkan bengkak kelenjar !
Kerana apa ? Kerana warna biru adalah warna  yg bersamaan dengan

No comments:

Post a Comment