Wednesday, March 30, 2016

TIPS SUBJEK ANATOMI DAN FISIOLOGI KEPADA PELAJAR JURURAWAT

TIPS SUBJEK ANATOMI DAN FISIOLOGI KEPADA PELAJAR JURURAWAT

SUBJEK Anatomi & FIsiologi (A&P) adalah subjek Sains Kejururawatan yang perlu diambil oleh semua Pelajar Jururawat. Didapati agak sukar bagi sesetengah pelajar yang masuk ke Diploma/ Ijazah Kejururawatan dari aliran Sastera atau hanya mengambil Sains Teras semasa SPM. Perlu diingat pemahaman dan pengurusan penyakit berkaitan sistem tubuh ini sangat penting dalam memberi input rasional disebalik intervensi kepada pesakit melalui Nursing Process.

TIGA (3) TIPS untuk anda:
Pertamanya sila rujuk performa yang dibekalkan setiap kali anda mengikuti subjek A&P kerana proforma atau garispanduan kepada pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang dirangka untuk anda dalam mendapatkan rujukan. Jika tak pasti apa itu proforma, tanya PENSYARAH anda dan minta sesalinan.

Keduanya kena rajin membaca buku A&P yang mudah dan SESUAI didapati dipasaran. Nasihat saya, untuk subjek A&P tak perlu merujuk buku teks Bahasa Malaysia kerana ia akan mengelirukan APABILA anda melakukan proses perbandingan. Beli buku A&P yang ada gambar atau ilustrasi yang jelas, gambarajah di lakar dengan baik dan menarik.  Diperingkat awal bacalah buku seperti Applegate  atau Tortora Grabowski kerana ia sangat mudah difahami dan mempunyai ciri-ciri diatas sesuai rujukan Jururawat.

KETIGANYA, TIPS UNTUK MEMUDAH PROSES MENGINGAT:
~ rajinkanlah melukis dan label A&P yang sedang anda pelajari. Tak cantik tak apa.. kerana yang penting lukis. Lukis dan melabel sistem sangat berkesan untuk mengingat apa yang sedang anda pelajari. Tampalah mana2 kawasan anda (bilik).. ikut selera.

~ buat peta minda untuk memudahkan anda melakukan hubungkait setiap sistem A&P yang diperlajari dari satu sistem ke sistem anatomi yang lain. Peta minda membolehkan anda menangkap, memudahkan dan mengatur apa yang sedang anda pelajari.

~rajin-rajin buat mnemonic seperti DAP (dura mater, arachnoid mater, pia mater) dan sebagainya. Saya kongsikan  link pdf untuk lain rujukan dan ilmu: http://www.medicalmnemonics.com/pdf/2002_09_full_abr_a4.pdf

~ tak faham terminologi, JANGAN MALU tanya kawan anda. ADA antara kita  yang pandai memberi penerangan dan ilustrate apa yang sedang anda hadapi. Ucaplah terima kasih... Insyallah, kawan yang baik akan bantu anda.

Semoga sedikit tips ini dapat membantu ANDA dalam menghadapi peperiksaan berkaitan subjek A&P. Selamat maju jaya dalam peperiksaan LJM dan Universiti.

Nota:
Saya dulu lukis dan tampal bawah katil (double decker). Sambil hafal sampai naik boring dan tidor. Hihi.... alhamdulillah, TAK pernah fail exam A&P.  SAYA adalah PELAJAR aliran sastera... jika saya boleh, Insyallah anda juga.

Sekian, salam hormat.
Ayah Dean

No comments:

Post a Comment