Wednesday, January 13, 2016

EDISI PETUA ( TERKINI ) : MENGHANCURKAN / MEMECAHKAN & MENGELUARKAN BATU KARANG

EDISI PETUA ( TERKINI ) : MENGHANCURKAN / MEMECAHKAN & MENGELUARKAN BATU KARANG

Cara-Cara :-
- Setelah Pokok Pisang ( sebarang pisang - pisang tua setelah diambil buahnya ) ditebang , sampai ke tunggulnya / perdunya , kemudian tebuk lubang ditengah perdu itu ( gunalah parang @ cop gali ) , tutup dengan plastik & ikat dengan tali rafia , biarkan semalaman. Keesokkan harinya , perdu pisang itu , akan mengeluarkan "AIR PATI" nya .Ambil senduk , dan cedok air pati itu kedalam jag ( pastikan ianya ditapis ( guna Penapis kain ).
- Air Pati Pisang itu , diminum ( 1 hari - diminum sehingga habis )
- sambung kaedah tebuk diperdu pisang yang sama selama 3 hari.Ulang kaedah yang sama.

KAEDAH MINUM AIR PATI PISANG
- Bismillah
- Solawat - 11 kali
- Niat : Ya Allah , keluarkan penyakit Batu Karang yang ada dalam diri-ku ini.

PERHATIAN :-
# SEMASA MENGAMALKAN PETUA INI , SI-PESAKIT , APABILA HENDAK KENCING ( MESTI KENCING ADA BEKAS ( PLASTIK ), SUPAYA DAPAT KENAL-PASTI "BATU KARANG" ITU BETUL-BETUL KELUAR.#

- Apabila BATU KARANG sudah keluar , PETUA untuk memastikan BATU KARANG tidak berulang lagi , Maka Petua ini ,perlu dilakukan.

- JINTAN PUTIH - 3 sudu besar
- Masakkan dalam Periuk Tanah ,guna api kecil sahaja , 3 gelas air sehingga tinggal 1 gelas , Campurkan GULA BATU INDIA ( 3 sudu besar ), TAPIS , guna penapis kain , minum airnya.
- Amalkan 7 hari.
#SELAMAT MENCUBA

Tok Petua Kasim Awang
Tuan Razz First
Tuan Pedang Cahaya
Tuan Kilas Patah
Tuan Mohamad Ishak
Tuan Det Kulim

No comments:

Post a Comment