Satu salah amalan sunnah, bagi sesiapa yang ada sedang sakit atau cedera, boleh cuba amalkan kaedah ini.
Gunakan jari telunjuk dan masukkan ke dalam mulut (agar basah) dan kemudian, sentuh jari tadi kepada sedikit tanah yang diyakini bersih, dan kemudian sapukan ke tempat yang sakit sambil membaca :-
بِسْمِ اللَّة تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا
Ertinya: Dengan nama Allah, dan kelebihan tanah bumi kami, dan air liur sesama kami, disembuh kesakitan kami dengan izin Tuhan kami. (Hadis Sahih riwayat al-Bukhari).
Peringatan: Berikan keyakinan kesembuhan dari Allah swt, namun nasihat doktor dan perubatan doktor masih diperlukan, khususnya bagi kecederaan seperti mata atau luka, yang mungkin sangat sensitif dengan elemen luar kerana dibimbangi kuman etc. Perlu difahami bahawa doa dan amalan sebegini adakalanya perlu diimbangkan dengan teori dan fakta sunnatullah perubatan biasa, bagi mengelakkan fitnah dan salah faham.
No comments:
Post a Comment