https://www.centreofexcellence.com/shop/iridology-diploma-course/?utm_voucher=FBRET&utm_medium=social&utm_source=facebook%2Binstagram&utm_campaign=DPA+-+Prospecting+-+LAL%2FInterests&utm_content=DPA+-+Prospecting+-+LAL%2FInterests+-+Worldwide+-+1%25+LAL+-+Exc+14+Day+Purch+-+20-60+-+Dynamic+Product+Ad+-+Dynamic+Ad+Sept+-+1+-+Ad+1+-+Copy+1&utm_id=5f5646b6a1bad5e891223b82&fbclid=IwAR01ng7-vlrhY1R3-cIC6zID8AGOPYsI-ZZS1LWEasuuzvQl7kBFFnLmBns#
Friday, December 18, 2020
Wednesday, December 9, 2020
Khasiat buah kemunting untuk kesihatan amat banyak
Khasiat buah kemunting untuk kesihatan amat banyak:
- Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri.
- Buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman.
- Daun kemunting boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan. Juga membantu menyembuhkan luka-luka.
- Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas, melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.
- Air rebusan daun dan akar kemunting digunakan sebagai minuman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, mengawal cirit birit dan untuk sakit perut.
- Bahagian akar kemunting yang direbus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masalah sistem penghadaman.
- Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatan mata atau dijadikan ubat pupuk pada dahi.
- Air rebusan akar pokok kemunting boleh digunakan untuk merawat muntah darah.
- Bagi wanita bersalin, air rebusan pucuk daunnya yang direbus dengan daun inai dan daun jambu membantu mengecutkan rahim..
- Untuk merawat keputihan, boleh rebus pucuk dan akarnya.
- Kandungan buah ini mampu meningkatkan hemoglobin, jumlah sel darah merah, dan juga meningkatkan antianoxic.
- Daun juga digunakan sebagai bahan perubatan herba untuk penyakit diabetes.
Monday, December 7, 2020
KHASIAT PEGAGA
KHASIAT PEGAGA.
# Sakit jantung
#. Menaikkan seri muka
#. Merawat selulit.
#. Mengurangkan masalah stretch mark.
#. Masalah urat bersimpul
#. Melawan jangkitan bakteria dan virus
seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
#.. Mencantik/melebatkan rambut.
#. Menambah selera makan.
#. Mencegah masalah kekurangan nutrien di kalangan kanak-kanak.
#. Menyejuk dan menyegarkan badan
#. Mencerdaskan minda.
#. Mengecutkan Peranakan
.Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
#. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka sebagai bedak sejuk #. Tekanan darah tinggi, #. mencegah nyanyuk, #. Melambatkan proses penuaan #. Menyah toksik.#. Tonik saraf #. Meningkatkan daya ingatan.
#. Masalah kulit. #. Masalah kemurungan #. Masalah fizikal.#. Positifkan sistem pengaliran darah dengan #. Menguatkan salur darah dan kapilari. #. Kejang kaki, bengkak kaki dan
#. Kebas.#. Merawat kesuburan wanita.#. Pembengkakan Hati.#. Demam campak.#. Sakit Tekak.#. Batuk Kering.#. Asma, Brokitis, Pleuritis.#. Radang Mata Merah.
#. Keputihan.#. Tekanan Darah Tinggi.
#. Sakit Perut, #. Disentri, #. Kecacingan,
#. Buasir. #. Tidak Selera Makan. #. Keracunan Makanan. #. Batuk Darah, #. Muntah Darah. #. Busung. #. Bisul. #. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor).
Saturday, November 28, 2020
Halia hitam pulihkan diabetes
HERBA KHUSUS UNTUK LEMAH SYAHWAT DEK DIABETES
.
.
Cara-cara untuk ikhtiar turunkan bacaan daripada 12.3 kepada 6.7 dalam masa 14 hari:
Mula-mula dapatkan kunyit hitam mentah. Kulitnya hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Setelah itu rendam di dalam air yang bercampur dengan sedikit garam selama satu jam untuk membuang getah pada rizom kunyit hitam.
Kisar kunyit hitam bersama dengan air putih (5 gelas). Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jangan lupa tambah sedikit madu asli sekiranya hendakkan sedikit rasa manis pada jus kunyit hitam.
Simpan didalam peti sejuk agar dapat bertahan lama. Minum suku cawan setiap pagi dan malam.
Anda akan dapat rasa perbezaannya. Amalkan minum jus kunyit hitam seminggu dua kali sahaja.
*Terlalu kerap minum boleh membawa mudarat.
Friday, November 27, 2020
Pokok gandarusa
https://www.facebook.com/groups/323514474476637/permalink/1623117427849662/?sfnsn=mo
untuk merancang menjarakan penghamilan.bg org lelaki makan pucuknya dlm 3 helai sebelum berjimak.sebab daun ni bolih mematikan sperma.(bukan mandul) ye.sebab org papua mengamalkannya.
selain tu jika ada bisul.tumbuk dan tampal.buat lubang di bahagian kepala bisul tu.cepat kecut dan parut cepat hilang.
Pokok gandasuli
Pokok gandasuli ubinya di gunakan dlm perubatan herba untuk penyakit fibroid...melancarkan perjalanan darah haid...bagus untuk rawatan perempuan lepas keguguran...demam tak kebah...Ubinya boleh di racik halus di jadikan sebagai ulam...boleh juga di tumbuk ubinya kemudian di rebus minum airnya...Gandasuli sering di kaitkan dengan dua lagi pokok yang bernama Ganda...iaitu pokok ganda Lepok dan ganda rusa...Ganda Lepok pokok seakan pokok kunyit putih bezanya daun juga mempunyai sedikit corak batik nada gelap berlainan kunyit putih daunnya bercorak batik nada putih...Ganda Lepok juga di tanam menggunakan rizomnya seperti temu...Sementara gandarusa pokok yang mempunyai dahan dan ranting tak ada ubi....
Bau bunganya sangat wangi
Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm terletak di Kampung Kubang Bemban
Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm terletak di Kampung Kubang Bemban,,, Jalan Tandop Besar-Naka,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...
Laman herba persendirian ini dibuka untuk lawatan dan juga perkongsian maklumat herba serta jualan semaian pada setiap hari RABU dan KHAMIS dari jam 10 pagi - 6 petang... Serta hari SABTU dari jam 3 petang - 6 petang berdasarkan temujanji awal...
Syed Elyas 019-5671963 call dan wassup
(Jam 8 pagi - 5 petang sahaja)
QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT
https://www.facebook.com/448710008508041/posts/3320586891320324/
Tuesday, November 24, 2020
Khasiat kayu putih atau gelam
Gelam atau Kayu putih (Melaleuca leucadendra syn. M. leucadendron) merupakan pohon anggota suku jambu-jambuan (Myrtaceae) yang dimanfaatkan sebagai sumber minyak kayu putih (cajuput oil). Minyak diekstrak (biasanya disuling dengan wap) terutama dari daun dan rantingnya. Namanya diambil dari warna batangnya yang memang putih.
Tumbuhan ini terutama tumbuh baik di Indonesia bahagian timur dan Australia bahagian utara, namun demikian dapat pula diusahakan di daerah-daerah lain yang memiliki musim kemarau yang jelas.
Minyak kayu putih mudah meruap. Pada hari yang panas orang yang berdekatan dengan pohon ini akan dapat membauinya dari jarak yang cukup jauh.
Sebagai tumbuhan industri, kayu putih dapat diusahakan dalam bentuk hutan usaha (agroforestri). Perhutanan memiliki beberapa hutan kayu putih untuk memproduksinya. Minyak kayu putih yang diambil dari penyulingan biasa dipakai sebagai minyak balur atau campuran minyak pengubatan lain (seperti minyak telon) atau campuran parfum serta produk rumah tangga lain. (Rujukan: Wikipedia)
Kayu putih dapat tumbuh di tanah tandus, tahan panas dan dapat bertunas kembali setelah terjadi kebakaran. Tanaman ini dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 400 m dpl, dapat tumbuh dekat pantai di belakang hutan bakau, di tanah berawa atau membentuk hutan kecil di tanah kering sampai basah. Pohon, tinggi 10 – 20 m, kulit batangnya berlapis-lapis, berwarna putih keabu-abuan dengan permukaan kulit yang terkelupas tidak beraturan. Batang pohonnya tidak terlalu besar, dengan percabangan yang menggantung ke bawah. Daun tunggal, agak tebal seperti kulit, bertangkai pendek, letak berseling. Helaian daun berbentuk jorong atau lanset, panjang 4.5-15 cm, lebar 0.75-4 cm, hujung dan pangkalnya runcing, tepi rata, tulang daun hampir sejajar. Permukaan daun berambut, warna hijau kelabu sampai hijau kecoklatan, Daun bila diremas atau dimemarkan berbau minyak kayu putih.
Perbungaan majemuk bentuk bulir, bunga berbentuk seperti lonceng, daun mahkota warna putih, kepala putik berwarna putih kekuningan, keluar di hujung percabangan. Buah panjang 2,5-3 mm, lebar 3-4 mm, warnanya coklat muda sampai coklat tua. Bijinya halus, sangat ringan seperti sekam, berwarna kuning.
Buahnya sebagai obat tradisional disebut merica bolong.
Ada beberapa varietas pohon kayu putih. Ada yang kayunya berwarna merah, dan ada yang kayunya berwarna putih. Rumphius membedakan kayu putih dalam varietas daun besar dan varietas daun kecil. Varietas yang berdaun kecil, yang digunakan untuk membuat minyak kayu putih. Daunnya, melalui proses penyulingan, akan menghasilkan minyak atsiri yang disebut minyak kayu putih, yang warnanya kekuning-kuningan sampai kehijau-hijauan. Perbanyakan dengan biji atau tunas akar.
Penyakit Yang Dapat Diobati :
Reumatik
Radang usus
Diare
Radang kulit
Batuk
Demam, flu
Sakit kepala
sakit gigi
Ekzema
Nyeri pada tulang dan saraf
Lemah tidak bersemangat (neurasthenia)
Susah tidur
Asma
BAHAGIAN YANG DIPAKAI:
Kulit pohon, daun, ranting, buah.
KEGUNAAN :
Daun:
Rematik.
Nyeri pada tulang dan syaraf (neuralgia).
Radang usus, diare, perut kembung.
Radang kulit.
Ekzema, sakit kulit karena alergi.
Batuk, demam, flu.
Sakit kepala, sakit gigi.
Sesak nafas (asma)
Kulit kayu : Lemah tidak bersemangat (neurasthenia). Susah tidur.
PEMAKAIAN :
Untuk minum: Daun: 10-15 g, direbus.
Pemakaian luar: Kulit atau daun secukupnya digiling halus, untuk pemakaian setempat seperti alergik dermatitis, ekzema, luka bernanah atau daun segar secukupnya direbus, airnya untuk cuci.
CARA PEMAKAIAN :
1. Rasa lesu dan lemah, insomnia:
Kulit kering sebanyak 6-10 g dipotong-potong seperlunya, direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin disaring. minum.
2. Rematik, nyeri syaraf, radang usus, diare:
Daun kering sebanyak 6-10 g direbus dengan 2 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin disaring, minum.
3. Radang kulit, ekzema:
Daun segar sebanyak 1 genggam dicuci bersih, rebus dengan 3 gelas air air bersih sampai mendidih. Hangat-hangat dipakai untuk mencuci bagian kulit yang sakit.
4. Luka bernanah:
Kulit muda, sedikit jahe dan asam, dikunyah, lalu ditempelkan pada luka terbuka yang bernanah. Ramuan ini akan menghisap nanah dari luka tersebut dan membersihkannya.
CATATAN :
– Sulingan minyak dari daun dan ranting dinamakan minyak kayu putih (cajeput oil), yang berkhasiat sebagai obat gosok pada bagian tubuh yang sakit atau nyeri, seperti sakit gigi, sakil telinga, sakit kepala, pegal-pegal dan encok, kejang pada kaki atau menghilangkan perut kembung, gatal digigit serangga, luka baru, luka bakar, kadang sebagai obat batuk.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Minyak kayu putih yang murni, bila dikocok didalam botol, maka gelembung-gelembung yang terbentuk dipermukaan akan cepat menghilang. Bila minyak kayu putih dipalsukan, yaitu dicampur dengan minyak tanah atau bensin, maka gelembung-gelembung yang terbentuk setelah dikocok, tidak akan cepat menghilang.
Komposisi :
SIFAT KIMIAWI DAN EFEK FARMAKOLOGIS:
KULIT POHON : Tawar, netral – Penenang.
DAUN : Pedas, kelat, hangat – Menghilangkan sakit (analgetik), peluruh keringat (diaforetik), anti rheumatik, peluruh kentut (karminatif, pereda kolik (spasmolitik).
BUAH: Berbau aromatis dan pedas – Meningkatkan napsu makan (stomakik), karminatif, dan obat sakit perut.
KANDUNGAN KIMIA:
Kulit pohon : Lignin, melaleucin.
Daun : Minyak atsiri, terdiri dari sineol 50%-65%, Alfa-terpineol, valeraldehida dan benzaldehida.
————————————————————————————————————————————
Pokok gelam atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell adalah sejenis tanaman hiasan yang banyak dijumpai di tepi jalan, tasik atau sungai. Pokok ini mudah dikenali dengan keadaan batangnya yang mudah merekah dan boleh dikopek. Kebiasaannya pokok ini dijadikan bahan dalam membuat perabot dan sebagainya. Di sesetengah negeri seperti di Melaka, pokok ini ada ditanam di sepanjang jalan yang berfungsi sebagai teduhan.
Namun begitu, kegunaan utama pokok gelam adalah untuk mendapatkan minyaknya. Minyak gelam ini selalunya digunakan sebagai perisa masakan dan pewangi yang menyegarkan dalam pembersih, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun.
Ðikenali juga dengan nama pokok kayu putih, pokok gelam tergolong dalam keluarga myrtaceae dan boleh dijumpai di Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Papua New Guinea dan juga Australia.
Pokoknya adalah jenis pokok renek atau sederhana besar. Kulit pokok berwarna putih, putih kelabu atau kelabu perang.batang pokok gelam yang merekah
Kulit pokoknya juga sering mempunyai sedikit warna perang oren. Kulitnya lekang seperti kepingan kertas yang tanggal secara memanjang.
Ðaun pokok gelam berwarna hijau kelabu dan berbentuk mata lembing, berukuran 5-12 cm. Ðaun mudanya berbulu. Bunganya kecil dan tangkai bunganya bercantum di ranting. Buahnya berbentuk bulat leper. Buahnya yang muda mampu menghasilkan buih dan digunakan sebagai sabun. Bahagian pokok gelam yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bahagian kulit pokok, daun, ranting dan juga buah.daun pokok gelam berbentuk mata lembing
Ðaun gelam bersifat anti bakteria, anti inflamasi, sedatif serta menenteramkan fikiran dan meredakan sakit. Ðaun gelam dikatakan mampu menghasilkan kuantiti kecil minyak mudah meruap yang amat jernih dan mempunyai bau yang kuat. Minyak gelam yang disuling daripada pokok adalah minyak yang tulen dan mengandungi cineol. Minyak gelam tidak bertoksik dan tiada alahan tetapi pada kepekatan yang tinggi, ia boleh menyebabkan kulit menjadi gatal.bunga pokok gelam
Minyak yang dihasilkan daripada daun gelam dikatakan mampu digunakan untuk tujuan perubatan. Apabila digunakan sebagai minyak sapu, ia dikatakan mampu memberi rangsangan dan mengendurkan rasa sakit pesakit reumatik dan gout. Bukan itu sahaja, minyak gelam juga sering digunakan untuk mengurut sakit sendi, lenguh anggota, gigitan haiwan, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, kejang otot kaki, pelbagai penyakit kulit, kulit lecur atau terbakar, menghalang jangkitan, mencuci luka, reumatisme dan sakit saraf di kepala dan muka.
Hilangkan letih
Minyak pati ini dikatakan mampu juga digunakan dalam merawat masalah sistem pencernaan dan masalah kulit. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam menyeimbangkan dan merangsang minda agar lebih cergas dan aktif. Minyak pati ini juga mempunyai ciri-ciri antiseptik ke atas salur pernafasan di samping mampu meredakan kesakitan pada bahagian kepala, sakit gout dan juga lenguh-lenguh pada sendi. Selain itu, minyak pati daun gelam ini juga dapat membantu sesiapa yang terlalu letih, tertekan dan merasa lemah. Amalan penggunaan minyak daun gelam ini dikatakan mampu meredakan perasaan marah dan melawan perasaan yang tertekan.
Sedikit minyak gelam yang telah dicampurkan sedikit gula kemudian ditelan dikatakan membantu merawat perut memulas, kolera, sebagai tonik perut dan mengurangkan rasa sakit. Minyak gelam jika dihidu dikatakan mampu mengubati bengkak membrane mukus dalam hidung dan selsema. Kulit pokok gelam pula dikatakan boleh ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk atau ubat tampal untuk mempercepatkan bisul masak dan mengeluarkan nanah.
Buah gelam dikatakan dapat merawat deman kepialu, demam campak serta deman panas. Cara penggunaannya ialah 7 tangkai buah gelam dan 7 pokok dukung anak direbus sehingga mendidih. Kemudian diminum 3 kali sehari sebelum makan.Buah gelam juga dikatakan boleh direbus bersama daun cucur untuk tujuan dijadikan air rebusan yang boleh diminum untuk mengatasi pelbagai masalah perut. Ðaun gelam juga dikatakan boleh dijadikan teh herba untuk diminum bagi rawatan penyakit busung dan asma.
Ðaun gelam yang segar pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi melegakan masalah radang kulit dan ekzema. Bagi menyediakan ramuan ini, ambil kira-kira satu genggam daun yang telah dicuci bersih. Rebus daun ini dengan tiga gelas air hingga mendidih. Jadikan air ini sebagai air pencuci bahagian kulit yang bermasalah.
Ðaun gelam juga boleh bertindak sebagai ubat cacing. Cara penggunaannya ialah 14 helai daun gelam dicampur dengan daun pandan wangi serta beberapa jenis daun lagi. Rebus campuran tersebut sehingga mendidih. Ia boleh diminum 3 kali sehari sebelum makan.Selain daun, bahagian kulit pokok yang kering juga dikatakan berguna sebagai ramuan ubatan. Antaranya adalah untuk mengurangkan rasa lesu, lemah dan insomnia.
Penyediaannya, ambillah kira-kira 10 keping kulit yang telah dipotong dan kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan ia mereneh sehingga menjadi pekat (anggaran segelas air). Minumlah air ini setelah sejuk.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan pokok gelam, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
sumber : http://laman-seri.blogspot.my/
Thursday, November 5, 2020
Sacha inchi
sacha inchi
https://www.verywellfit.com/the-benefits-of-sacha-inchi-89510
https://www.google.com/search?q=sacha+inchi&oq=sacha+inchi&aqs=chrome..69i57j46j0l3.5599j0j4&client=tablet-android-samsung&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8#scso=_zQykX-bXJ5al9QPXg4nYBg40:0
Friday, October 30, 2020
Ubat kencing manis herba
Boleh klik gambar ini untuk detail
2. Teh Hijau : Mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis tahap II. Satu kajian terhadap seorang individu di Jepun mendapati bahawa orang yang banyak minum teh hijau kurang 42% peluang untuk mendapat kencing manis tahap II.
Boleh klik gambar ini untuk detail
3. Kulit Kayu Manis : Kulit kayu manis bertindak meniru fungsi insulin dalam badan dan membantu mencernakan gula dan karbohidrat
Boleh klik gambar ini untuk detail
4. Gymnema Sylvestre : Herba ini bertindak secara langsung dalam menstabilkan paras gula. Jadi secara tidak langsung membantu menyihatkan fungsi pankreas.
Boleh klik gambar ini untuk detail
5. Stevia : Mengawal diabetes. Kajian menunjukkan stevia tidak menyumbang kalori atau karbohidrat untuk diet dan tidak memberi kesan terhadap kandungan gula dalam darah atau tindakbalas insulin.
Boleh klik gambar ini untuk detail
6. Salacia reticulate : Salacia reticulata mengurangkan kepekatan gula dalam darah setelah makan. Dua jenis glycosides iaitu salacinaol dan kotalanol telah dikenalpasti secara konsistennya dapat mengurangkan kepekatan gula dalam darah setelah makan
Boleh klik gambar ini untuk detail
Sunday, October 25, 2020
Medicinal Cannabis & CBD Oil Diploma Course
https://www.centreofexcellence.com/shop/medicinal-cannabis-cbd-oil-diploma-course/?utm_voucher=FBRET&utm_medium=social&utm_source=facebook%2Binstagram&utm_campaign=DPA+-+Prospecting+-+LAL%2FInterests&utm_content=DPA+-+Prospecting+-+LAL%2FInterests+-+Worldwide+-+UDEMY+Int+-+Exclude+14+Day+Purchasers+-+Dynamic+Product+Ad+-+Template+6+-+Ad+2&utm_id=5f8efe02ed0c2e7ea543ba42&fbclid=IwAR2oe4gWPNAOE7vAS0lY7VFTRXUaX5HsaE7E8lxP4RNsJXrgleFoH7-SsCo#
Wednesday, October 21, 2020
Tuesday, October 6, 2020
Saturday, September 19, 2020
Ubat lumpuh
Buah letup kelambu, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas. Amalkan minum pagi dan ptg selama tiga hari...insha allah, stroke (lumpuh) akn pulih. Ikhtiar kita, allah jua yg menyembuhkan
MEMANG AJAIB … !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan,, Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin Teman Yg Lain Sangat Memerlukannya …
Tuesday, September 15, 2020
Monday, September 14, 2020
Arabic Gum
Dari Sumber Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia
Gum Arabic mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu 85% - 87%. Ianya adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari susu ibu.
Mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.
Mengandungi 27% protein hydroxyproline yang baik untuk daya ingatan dan sumber kolajen.
Mempunyai kandungn kalsium 10 kali ganda susu lembu.
Bagi setiap 45g (3 sudu besar) Gum Arabic, ianya mengandungi serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal.
Tahukah Anda Gum Arabic Adalah Makanan Yang Baik Bagi
Sakit Buah Pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum menjalani dialisis)
Sakit bengkak buah pinggang
Kencing kotor
Buasir, Cirit-birit
Kolestrol tinggi, Sembelit
Diabetes, Gout
Berdiet kerana ia tinggi dengan kandungan fiber
Batu karang, Lumpuh atau stroke
Menguatkan Antibodi melawan pelbagai penyakit
Tekanan darah tinggi, Kanser prostat
Penemuan Hasil Kajian Gum Arabic
The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
Sumber prebiotik semulajadi yang membekalkan makanan kepada bakteria baik (probiotik) yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, racun dan lemak berlebihan dari badan.
Menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids) yang membantu penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
Menguatkan sistem imuniti (daya tahan badan) dan memerangi bakteria berbahaya.
Mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
Membantu mempertingkatkan penapisan buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan Gum Arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus seperti esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dubur dan membantu meningkatkan prestasi usus.
Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
Membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.
Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.
Membantu merawat masalah kencing tak lawas.
Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Membantu masalah sembelit.
Membantu masalah datang bulan yang tidak teratur.
Melegakan penyakit gout dan sendi.
Membantu merawat pesakit asma, eczema, kelemumur dan penyakit kulit.
Melancarkan sistem penghadaman dan menyah racun melalui pembuangan najis.
Membantu penyembuhan bagi pesakit strok.
Manfaat Gum Arabic Atau Al-Manna
Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia.
Diantara Dapatan Kajian Mengenai Gum Arabic Adalah :
The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.
Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan.
Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.
Penyelidikan Terhadap Khasiat Getah Arab Di UKM
KUALA LUMPUR, 28 Jun, 2011 – Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM.
Universiti ini terlibat dalam suatu usahasama tiga pihak antara kerajaan, universiti dan sewasta untuk meningkatkan pengenalan terhadap khasiat kesihatan dari getah ini.
Pihak kerajaan terdiri dari Lembaga Gum Arabic Sudan (GAB) dan Kedutaan Besar Sudan di sini manakal UKM adalah rakan universiti dan pihak sewasta pula diwakili Natural Prebiotic Sdn Bhd dan pengarahnya Ramli Sani yang mencetuskan usaha kolaborasi ini.
Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu.
Beliau terlibat menjalankan beberapa project kontrek di Sudan dan kini adalah setiausaha agung Dewan Perniagaan Malaysia Sudan. Pengalamannya menggunakan getah Arab itu telah membawanya kepada Profesor Dr Aminah Abdullah, Felo Utama di Sekolah Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi UKM hingga membawa kepada termeterainya surat hasrat mengadakan hubungan antara mereka bulan Jun tahun lalu.
Ramli begitu yakin dengan usaha itu hingga sanggup menyerahkan tiga peratus dari untung runcit oleh syarikatnya Natural Prebiotic kepada usaha penyelidikan mengenai getah itu oleh UKM. Natural Prebiotic adalah pengedar tunggal produk getah Arab di rantau ini melainkan Indonesia.
Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.
Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal.
Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.
Antara beberapa produk getah Arab ini yang diedarkan syarikat Natural Prebiotic di sini, negeri Thai, Singpura dan Brunei dalam bentuk kapsul dikatakan boleh mengatasi masaalah senak perut dan sembelit, mengawal kedudukan gula dalam badan, meningkatkan sistem imunasi dan menguatkan tenaga.
Syarikat itu juga memasarkan sejenis minuman dari buah Baobab yang kaya dengan vitamin C dan B dan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi selain mempunyai kandungan antioxidan yang tinggi sebagai penawar ceret beret dan sembelit.
Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.
Naib Canselor UKM Profesor Tan Sri Dato’ Wira Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin hari ini merasmi Persidangan Antarabangsa Getah Arab dan kemudian menyaksikan upacara menanda tangani perjanjian antara UKM dan Natural Prebiotic untuk melakukan penyelidikan bagi meningkatkan penggunaan getah itu serta mengesan khasiatnya yang lain.
Beliau menganggapkan kolaborasi tiga pihak itu sebagai suatu usaha strategik. UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan berminat meningkatkan pengetahuan yang boleh mendatangkan faedah kepada kedua negara Malaysia dan Sudan.
Dengan kerjasama GAB, Pusat Inovasi Bagi Teknologi Manisan (MANIS) dibawah kelolaan Prof Aminah usaha penyelidikan tentunya boleh dilakukan untuk memantabkan lagi penggunaan getah Arab dalam industeri pemakanan, perubatan, persolekan dan kesihatan.
MANIS akan menumpukan penyelidikannya terhadap meningkatkan penggunaan getah itu untuk mengeluarkan produk gula-gula dan konfektionari. Beliau juga berharap GAB akan membantu mengujudkan Pusat Penyelidikan Getah Arab sebagaimana dicadangkan MANIS.
Getah Arab, katanya, bukan saja suatu produk tambahan yang digunakan untuk pengemulsi, memekatkan selain dari sebagai prebiotik ia juga adalah suatu produk halal.
Beliau yakin penyelidikan di UKM itu akan membawa kepada pengeluaran produk lebih inovatif yang boleh meningkatkan permintaan getah itu di pasaran antarabangsa.
Persidangan hari ini juga disajikan pertunjukan mengenai kegunaan getah itu dalam industeri makanan dan perubatan. Kertas-kertas kerja yang dibentangkan juga menyentuh usaha penyelidikan yang telah pun dijalankan berhubung dengan khasiat kesihatannya.
Prof Sharifah Hapsah juga berharap penyelidikan terhadap kemungkinan penggunaan getah Arab dan carrageenan, suatu produk dari rumpai laut Malaysia boleh menghasilkan makanan hidrocoloid yang lebih baik dari gelatin untuk kegunaan dalam makanan halal.
UKM kini menampung seramai kira-kira 40 orang pelajar pasca siswazah dari Sudan dalam berbagai fakultinya. Ada diantara mereka ditaja Kerajaan Malaysia di bawah program bantuan teknikalnya. Beliau berharap dengan bantuan GAB lebih ramai pelajar Sudan dilatih di UKM bagi menambahkan modal insan untuk penyelidikan getah itu.
Prof Aminah berkata penyelidikan yang akan dijalankan akan merangkumi potensi kegunaan getah untuk kepentingan kesihatan dan juga sebagi bahan dalam bahan makanan halal. Ini, katanya, akan berupa satu usaha bagi untuk kepentingan dunia Islam.
Pengurusi GAB Dr Taj El Sir Mustafa berkata kini hanya antara 40,000 hingga 50,000 tan getah Arab dihasilkan setahun dan diekspot dalam kedudukan aslinya.
Beliau juga menerangkan bahawa pengeluaran itu dapat ditingkatkan hingga 500,000 tan setahun dengan mudah kiranya ada penambahan permintaan berkat pengetahuan luas mengenai khasiat kesihatannya
Al-Manna @ Gum Arabic Baik utk buah pinggang anda.
Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu" atau Gum Arabic ini. Ia juga dikenali sebagai Gum Acacia, Arabian Sweet Gum, al-Manna dan Gum Arab.
Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan sebagai prebiotik, ia juga merupakan antioksidan yang amat baik, pesakit buah pinggang, gout, masalah asid urik berlebihan dan lain-lain.
Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa.
Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.
Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.
Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.
Cadangan Cara Penggunaan: Gum Arabic Serbuk/ Ketul
Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.
Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.
Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.
Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih.
Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan
kolesterol dengan gum arabic).
Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.
Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.
Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.
Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan
Saturday, September 12, 2020
CARA BUAT MINYAK SERAI WANGI
CARA BUAT MINYAK SERAI WANGI
Bahan bahannya ialah:
2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi)
1 cawan air
7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
3 helai daun pandan
3 ulas bawang putih (Ketukkan)
15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.
Cara caranya ialah:
Serai wangi dan daun pandan dibersihkan dan potong.
Ketukkan bahagian akar serai wangi yang bertombak tu bagi pecah.
Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
Sejukkan masukkan dalam,
minyak dan boleh simpan dalam botol.
Khasiat Minyak Serai :
> Minyak serai wangi ni boleh buat urut orang bersalin,
> Melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh.
> Bayi atau kanak-kanak kembung perut pun boleh juga digunakan.
> Bengkak kaki tangan
> Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.
Ana Mahabu
Berita Baik Untuk berakhirnya Diabetes
*Berita Baik Untuk berakhirnya Diabetes dgn izin Allah SWT jua*
Harap anda boleh menghantar mesej di bawah untuk membantu seseorang yang memerlukan maklumat ini ...!
Seorang wanita (65) menghidap diabetis untuk 20 + tahun yang lalu dan telah mengambil insulin 2 kali sehari.
Dia menggunakan ubat buatan sendiri yang disertakan untuk dua minggu dan kini dia adalah benar-benar bebas daripada penyakit kencing manis dan mengambil semua makanan dia seperti biasa termasuk gula-gula.
Para doktor telah menasihatkan beliau untuk menghentikan insulin dan mana-mana gula darah yang lain mengawal dadah.
Saya meminta anda semua sila mengedarkan mesej di bawah untuk seberapa ramai orang yang anda boleh dan hendaklah mereka mengambil manfaat maksimum daripadanya.
DITERIMA DARI
*DR. TONY Almeida*
*(Pakar Buah Pinggang Speciality Bombay)*
membuat eksperimen yang meluas dengan ketabahan dan kesabaran dan menemui
kejayaan rawatan untuk kencing manis. Kini semakin hari semakin banyak orang-orang tua & wanita khususnya, mengalami sakit Diabetes.
Bahan- bahannya adalah:
1 - Gandum 100 gm
2 - Barley 100 gm
3 - Jintan hitam atau *habatussaudah* 100 gm
*Kaedah Penyediaan*:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam 5 cawan air.
2. Rebus selama 10 minit dan tutup api.
3. Biarkan ia sejuk dengan sendirinya.
4. Apabila ia telah menjadi sejuk, tapis
biji dan tuangkan air dalam jag kaca atau botol.
*Bagaimana untuk menggunakannya*?
1. Minum satu cawan kecil air ini setiap hari awal pagi ketika perut kosong.
2. Teruskan ini selama 7 hari.
3. Minggu depan ulang yang sama tetapi pada hari-hari ganti.
Dalam 2 minggu
rawatan yang anda akan tertanya-tanya untuk melihat bahawa anda telah menjadi normal dan boleh makan
makanan normal tanpa sebarang masalah.
Catatan:
Permintaan adalah untuk menyebarkan ini kepada sebanyak mungkin supaya orang lain boleh
juga mengambil manfaat daripada itu.
Monday, August 31, 2020
Seorang isteri , ingin menguji suami nya
Seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa2 sebab. begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.
"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya."
Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.
Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.
"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca,
( "aku nampak kaki kau, bongok. aku keluar sekejap, beli roti. " )
..
😂😂😂
Saturday, August 29, 2020
Jus tokma
𝗞𝗢𝗟𝗘𝗦𝗧𝗘𝗥𝗢𝗟 𝟴.𝟬 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 𝟯.𝟲 𝗚𝗨𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗡𝗢𝗥𝗠𝗔𝗟
Alhamdulillah, macam tak percaya je, saya hanya amalkan minum 2 sudu sehari tak sampai seminggu, badan jadi makin ringan dan bertenaga. Rasa kebas hujung jari pun semakin berkurang serta bacaan gula kembali normal -Puan Balqis KL
.
Jus gabungan 6 herba terbaik dari halia bara, daun cekur, madu, lemon, bawang putih dan halia
.
Inilah tips org dahulu mengekalkan kecergasan badan dan bertenaga, malah ramuan ini sangat tinggi khasiatnya
Sekarang ni ada kita ada buat PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1
.
=======================================
TINGGALKAN NO PHONE DIKOMEN SEKARANG
=======================================
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=455776175096978&id=295931131081484
Wednesday, August 26, 2020
Resepi Penawar Kencing Manis menggunakan Superfood
Hari ni saya nak kongsi Resepi Penawar Kencing Manis menggunakan Superfood Bawang Putih dan bahan semulajadi di dapor kita.
Resepi ni sebenarnya dari timur tengah dan telah lama di amalkan oleh orang arab sejak turun temurun lagi. Kadar gula dalam badan dapat di stabilkan dengan segera tanpa insulin .
Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu lebih ramai orang merawat dan mencegah Penyakit Kencing Manis yang menghantui masyarakat kita.
.
================================
Resepi Penawar Kencing Manis
5 ulas Bawang Putih
1 biji buah Lemon
2 inchi Halia
1 sudu besar Madu Royal Yemen
Caranya
Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah mendidih air tadi, masukkan bahan secara berperingkat di mulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.
Masak selama 10 minit dan kemudian tapis dan masukkan kedalam gelas. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu Madu Royal sebagai pemangkin resepi kita tadi.
Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.
.
.
Khasiat Lemon
- Sebagai Antibacteria dan Antivirus
- Mempunyai Anti Oksida yang tinggi
- Mengurangkan Lemak
- Menguruskan badan
- Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan
tenaga.
- Mencantikkan kulit
- Membantu penghadaman makanan
Khasiat Halia
- Memperbaiki saluran darah dalam badan
- Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
- Mengurangkan ketidakselesaan perut
- Mencegah Barah usus
- Mengurangkan sakit dan radang
- Rawatan untuk kanser Ovari
- Menguatkan imuniti badan
- Mengurangkan morning sickness
Khasiat Bawang Putih
-Mencegah keracunan makanan
-Mengubati jangkitan kulat pada kulit
-Menambahkan tenaga dan stamina
-Mencegah serta mengubati demam dan
selsema
-Mengawal berat badan
-Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol
serta tekanan darah tinggi
-Mengurangkan angin dalam badan
Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman Resepi Penawar Kencing Manis ni di galakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini ☺.
Kredit: Abdullah Badar Bajrai
Thursday, August 20, 2020
Bomoh kanser
Makngah saya mengidap kenser payudara dh lama. .. hampir kena operate. dah tahap 3. Kebetulan masa kat klinik ada salah seorg pesakit darah tinggi bagitahu makngah ada orang boleh buat ubat untuk kenser...
Kami panggil pakteh jit. pakteh jit ubatkan makngah secara tradisional.
Alhamdulillah, dua kali ulang kenser makngah dh sembuh sepenuhnya. macam mana boleh tahu kenser dah hilang? makngah saya p klinik jumpa pakar. doktor pakar tu sahkan kenser makngah saya dah x ada. Kata pakteh jit kalau kenser peringkat awal tak payah ulang ubat dua kali...
jadi saya mintak pd sesiapa yg ada sakit kenser x kisah lah kenser apa pon asalkan namanya kanser, p la kat pakteh jit... jgn putus asa. usaha yg penting. Rumah pakteh jit kat kg permatang kerat telunjuk, bandar baharu. kedah.
note:
1. jalan nk p ke rumah pakteh jit
-kalau keluar melalui tol bandar baharu, ambik simpang hala ke serdang.
-lebih kurang setengah kilometer akan nmpak papan tanda kg permatang kerat telunjuk.. tepi papan tanda tu ada simpang mini tar belah kiri. masuk ikut situ...
-lepastu terus je sampai nmpak rumah bumbung kaler hijau. rumah dalam pagar.
- nak lg pasti. dekat pagar rumah pakteh jit ada tulis LOT 2198 A..
2. x payah bawak apa... semua barang pakteh jit sediakan.
3. pakteh pesan jangan makan pisang, daging kambing, ayam piru.
4. pengeras pakteh cuma ambik rm60.25sen.
5. no fon pakteh 0135891375.. kalau call skali x dapat cuba lg sbb kadang2 fon pakteh x ada line.
#sharepadayangmemerlukan
#sharingiscaring
Thursday, July 9, 2020
Pokok Jarak
Pokok jarak atau lebih dikenali dengan nama pokok jarak pagar kerana sering kali dijadikan pokok penghias pagar memang banyak terdapat sama ada di kawasan tanah tinggi atau rendah. Pokok yang tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae ini mempunyai pelbagai nama daerah seperti jarak putih dan jarak belanda. Nama lain tumbuhan ini adalah Barbados nut, Big-purge nut tree, Curcas bean, Kukui haole, Physic nut, Purge nut, Ratan jyot dan Purgeboontjie.
Jarak atau nama botaninya Jatropha curcas berasal dari benua Afrika. Sekarang pokok jarak banyak terdapat di kawasan tropika. Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi ekonomi. Pokok jarak amat penting dari segi kegunaan dalam perubatan tradisional. Dikatakan semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan tumbuhan ini kerana keseluruhan pokok terutama buahnya adalah beracun dan hanya boleh digunakan dalam pemakaian LUARAN sahaja. Kini, dengan teknologi terbaru, siapa sangka pokok jarak mampu bahan komersil, iaitu alternatif kepada minyak petrol untuk kegunaan automobil. Tak percaya? Rujuk sini --> Jarak Pagar alternatif petrol.
Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga lima hingga tujuh meter. Ia mempunyai batang yang tebal dan mempunyai susu getah. Batang jarak pagar boleh dilihat sebagai berkayu dan bertangkai bulat.
Bahagian aktif yang terdapat di dalam pokok jarak adalah curcin (sejenis toxalbumin). Antara bahan lain yang terdapat dalam pokok ini adalah asid gliserid (hampir menyerupai asid ricinoleik dan krotonoleik), hidroksiforbol ester (sejenis minyak puratif dan perengsa), hell oil, pinheon oil, asid hidrosianik, amyrin, sitosterol, glukose, fructose, galactose, asid oleic, linoliek dan lain-lain lagi.
Daun jarak pagar adalah lebar dengan sisi berlekuk-lekuk dan berwarna hijau tua. Tumbuhan ini juga mempunyai buah berbentuk bulat atau bujur telur dan berwarna hijau pekat yang akan bertukar kuning apabila matang. Permukaan kulit buah tersebut adalah licin atau gondol. Pada satu tangkai akan terdapat tiga hingga lima biji buah. Ini dipercayai batangnya beracun kerana mengandungi alkolaid dan bahan-bahan lain.
Getah pokok jarak pagar yang berwarna kekuningan digunakan sebagai ubat kepada telapak kaki yang terkena kutu air dan pacak. Caranya adalah dengan menitiskan pada celah-celah kaki yang terlibat. Selain itu dikatakan getahnya daripada batang pokok jarak pagar juga boleh menghilangkan kesakitan buat kanak-kanak yang baru lepas berkhatan. Getah pokok jarak ini juga dikatakan boleh mengurangkan pembengkakan barah atau bisul mulut dan boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi dengan cara menampal pada bahagian gigi yg sakit. Kulit batang pokok jarak pula boleh disapu pada bekas gigitan ular dan salah urat terkehel.
Daun pokok jarak boleh digunakan sebagai penyubur rambut dan pelega luka. Caranya adalah degan menumbuk lima helai daun pokok jarak pagar yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Kemudian sapukan ke kepala. Akar dan daun juga boleh digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit. Buah jarak pagar apabila dimasak pula akan mengeluarkan minyak yang berwarna kuning tetapi ia agak beracun. Dipercayai minyak hasil buah jarak pagar yang telah diproses apabila dicampurkan dengan belerang boleh mengubati luka-luka ringan.
Selain kegunaan besar pada getah, batang dan daun, mana-mana bahagian pokok juga boleh dijadikan barut bagi wanita lepas bersalin. Caranya adalah dengan menggiling bahagian pokok terutama daunnya, sehingga lumat. Pokok jarak juga berkesan sebagai penawar penyakit rhuematism. Cara rawatannya dengan menumbuk daunnya hingga halus dan dan dicampurkan dengan air panas, letakkan pada bahagian yang sakit dan balut. Perubatan moden juga ada menggunakan ekstrak dari biji jarak ini untuk mengubat penyakit seperti hernia, kanser, gonorrhea, lumpuh, siplis dan tetanus (kancing gigi), athritis dan boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit kelamin.
Orang Cina menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektumyang terkeluar dengan menghancurkan dan digosokkan di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin. Sesetengah puak di Afrika menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah jarak dalam pembuatan sabun dan lilin.
Di Filipina pula, akar pokok jarak pagar digunakan sebagai racun ikan. Biji buah jarak yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit boleh dijadikan sebagai racun tikus. Di Brazil, air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya.
Kesan Keracunan
Jika anda terkena susu getah daripada pokok jarak pagar boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Jika termakan buah pokok jarak pula, anda akan mengalami tanda-tanda keradangan pada sistem pemakanan seperti sakit perut dan kesan terbakar pada tekak dalam masa setengah jam. Ini akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti rasa loya, muntah dan cirit-birit yang mungkin mengandungi darah. Lain-lain tanda yang boleh terjadi ialah kekurangan air, kegagalan fungsi jantung akibat pendarahan di dalam perut dan kerencatan sistem saraf pusat.
Jika anda tertelan mahupun termakan buah atau getah pokok jarak pagar ini, apa yang boleh anda lakukan adalah minum air atau susu bagi tujuan melarutkan racun. Jika tidak berkesan, hendaklah segera mendapatkan rawatan.
Wednesday, July 8, 2020
Rawat Lumpuh strok Pakai Garam dan Lada Hitam
Garam 2 Kg @ Lebih
100 @ Lebih
Letak dlm besen, kemudian rendam kaki (yg lumpuh tersebut)
Bomoh patah
Thursday, June 11, 2020
Jamu anak dara
Hari ni nk kongsi jamu buatan sndri,dri dok beli mhal2 baik gna bhan2 ada dapur..murah berkesan ..xde la smpai menyempit MCM Ank dara huhu...cuma ringan badan miss v pon xde la becak.
Bhan2
Manjakani 1paket
Halba / 1paket
Kunyit dlm 5ketul*
Halia sketul*
Serai dlm 5 btg ketuk
Gula Manisan 2ketul Klau xde gula Melaka 1ketul besar
Asam jawa 2genggam,campur air segelas perah ambil air tapis,
Air 4 cawan
Bahan yg bertanda dblnder
Msok smua bahan dlm periuk ,didihkan smpai JD pekat ,sejukan tapis msok dlm botol.bleh simpan dlm peti ais ,nk minum ambil 1/2 gelas pg dan MLM ...Klau minum jamu ni pastikan minum air masak byk...
Tray la sdp msam2 manis sy halal kan mna nk share..
Bomoh kanser payu dara
salam admin. tolong viralkan. benda baik kita kongsi sama2.
makngah saya mengidap kenser payudara dh lama. .. hampir kena operate. dh tahap 3...
kebetulan masa kat klinik ada salah seorg pesakit darah tinggi bagitahu makngah ada orang boleh buat ubat untuk kenser...
kami panggil pakteh jit. pakteh jit ubatkan makngah secara tradisional.
Alhamdulillah, dua kali ulang kenser makngah dh sembuh sepenuhnya. macam mana boleh tahu kenser dah hilang? makngah saya p klinik jumpa pakar. doktor pakar tu sahkan kenser makngah saya dah x ada.
kata pakteh jit kalau kenser peringkat awal tak payah ulang ubat dua kali...
jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kenser x kisah lah kenser apa pon asalkan namanya kanser, p la kat pakteh jit... jgn putus asa. usaha yg penting.😊
rumah pakteh jit kat *KG PERMATANG KERAT TELUNJUK*, bandar baharu. kedah.
note:
1. jalan nk p ke rumah pakteh jit
-kalau keluar melalui tol bandar baharu, ambik simpang hala ke serdang.
-lebih kurang setengah kilometer akan nmpak papan tanda *KG PERMATANG KERAT TELUNJUK* tepi papan tanda tu ada simpang mini tar belah kiri. masuk ikut situ...
-lepastu terus je sampai nmpak rumah bumbung kaler hijau. rumah dalam pagar.
- nak lg pasti. dekat pagar rumah pakteh jit ada tulis LOT 2198 A..
2. x payah bawak apa... semua barang pakteh jit sediakan.
3. pakteh pesan jangan makan pisang, daging kambing, ayam piru.😁
4. pengeras pakteh cuma ambik rm60.25sen.
5. no fon pakteh 0135891375.. kalau call skali x dapat cuba lg sbb kadang2 fon pakteh x ada line.😅
#sharepadayangmemerlukan
#sharingiscaring
👆🏽👆🏽 *SAYA DH CALL NO TU MMG NO PAK TEH JIT PENGUBAT SAKIT KANSER DI KEDAH.. ALHAMDULILLAH*
Thursday, May 21, 2020
Madu quad
Baru nak cuba amal. Kita tunggu sampai 30 hari. Bawang putih tunggal bersama madu.
.
Bagus untuk kesihatan menyeluruh. Dah rasa sikit. Bawang putih tunggal ni kurang pedas dan rapuh sedap. 😂
.
Ada yang jual siap perap madu. Tapi kita tak yakin madu depa guna kan. Kalau madu gula bukan makin sihat tu.
.
Madu Quad kita yakin asli dan tak de was was langsung.
#MaduHabasyiKedahhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3106215552747520&id=100000773183045
Friday, May 15, 2020
MAKJUN ARAB
MAKJUN ARAB
CARA MEMBUAT MAKJUN ARAB
Perkataan Makjun dari bahasa Arab yang bererti ubat penguat tubuh badan dan penguat tenaga syahwat. Makjun Arab antara ramuannya menggunakan ekor unta dan Makjun Turki menggunakan ekor sapi/lembu jantan. Samada ekor unta atau ekor lembu, kedua-duanya itu sama fungsinya iaitu sebagai bahan asasnya. Makjun Arab dibuat sebagai berikut:
Buah kurma - 20 biji
Ekor unta - 200 gram (boleh ganti dengan ekor kambing jantan)
Jadam - 5 gram
Susu kambing - 100 gram
Kismis - 50 gram
Kacang arab - 50 biji
Cara membuatnya:
Ambil air masak secawan. Kurma yang akan dijadikan makjun, buang terlebih dahulu bijinya. Gunakan sarung tangan dan perahlah kurma itu dengan melumat-lumatkannya dengan air masak yang disediakan itu. Kemudian peramkan di dalam satu bekas. Tutup menggunakan kain bersih yang agak jarang, ikatnya pada leher sekeliling bekas itu. Kain penutup dalam keadaan tegang, supaya dapat dimasuki sedikit udara. Dalam masa seminggu atau lebih, kurma telah menjadi asidik/asid kurma, seperti nira. (1)
Ekor unta/kambing jantan di rebus bersama kacang arab. Jika kacang arab tidak ada, gantikan kacang merah atau kacang kuda. Rebus dengan air secukupnya. Setelah masak, lumatkan. (2)
Bahan tersebut (2) bahagi dua sama banyak untuk:
a) Satu bahagian yang diuli/adun dengan jadam. Seterusnya jadikan bulat-bulat, kecil sebesar biji saga dan dijemur beberapa jam. Ramuan ini pahit. Oleh itu perlu dilapisi sesudah kering menggunakan ramuan b).
b) Satu bahagian lagi adalah bahan pelapis, supaya tidak terasa pahit. Caranya: Tumbuk halia, bunga cengkih dan pelaga, semuanya bersama disatukan hingga lumat, berat masing-masig 30, 20 dan 10 gram. Kemudian bubuh bersama pemanis dari kismis secukupnya.
Dari setengah bahagian pada (2) itu, lumatkan bersama b) dalam keadaan pekat. Sekarang lapiskanlah biji-biji pahit yang sebesar saga tadi, dengan ramuan pelapis b) itu, kemudian dijemur sehingga kering. Adapun susu kambing itu sebagai bahan cairan yang digunakan untuk melumatkan pada pembuatan b).
Makjun Arab sangat keras dan kuat. Hanya di makan pada waktu hendak tidur malam. Beberapa biji makjun yang boleh dihasilkan dari rumusan tadi bergantung pada besar kecilnya makjun itu. Kalau kecil sangat 3-4 biji sekali makan, dan kalau di buat sebesar biji rambutan cukup sebiji sekali makan.
Gambar menunjukkan bekas/pasu kecil yang digunakan untuk mengeramkan kurma sebagaimana yang diterangkan.
Perhatikan kain penutup dalam keadaan tegang. Proses pengeraman dijemur, dan jangan sampai kain penutupnya itu basah terkena air/air hujan. Pada waktu petang bekas itu di bawa masuk ke dalam rumah. Siangnya di jemur lagi. Semakin teriknya sinar matahari semakin cepat proses asid kurma dihasilkan. Jika asid kurma sudah menjadi, gunakan penapis dan masukkan dalam botol dengan penutupnya yang betul-betul rapat. Buka dan gunakan bila perlu sahaja.
Sunday, March 15, 2020
Kaki Hampir Di Potong Tetapi Dengan Mengamalkan Tips ini Kencing Manis Sembuh Sepenuhnya
Kaki Hampir Di Potong Tetapi Dengan Mengamalkan Tips ini Kencing Manis Sembuh Sepenuhnya
Saya kongsikan pengalaman seseorang yang sembuh sepenuhnya dan ingin berkongsi kepada semua di alam maya. Menurutnya, kakinya sepatutnya perlu dipotong. Alhamdulillah dengan tip berkenaan, beliau sudah pulih sepenuhnya.
Bahannya ialah
Sebiji limau nipis
Seketul Garam Kasar (seketul sahaja)
3 Gelas Air
Caranya
Belah sedikit limau
Sumbat seketul garam kasar ke dalam belahan limau
Kemudian rebus dengan air sebanyak 3 gelas.
Rebus lama sehingga airnya menjadi segelas.
Selepas itu, lenyekkan limau dan wajib hancurkan bijinya (dalam air rebusan) dengan menggunakan senduk
Tapis air rebusan itu dan biarkan sejuk
Bila sudah sejuk, anda boleh minum.
Amalannya.
Amalkan 3 kali minum dlm masa 6 hari. Setiap amalan hendaklah dilakukan berselang hari. Kadar gula berkurangan setiap kali amalan. Oleh itu sediakan air manisan untuk mengimbangi kadar gula dalam badan.
nota : tips ini boleh diamalkan tanpa meninggalkan ubat doktor.
Sumber:myinfo maya
Wednesday, March 11, 2020
Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer Cuma Guna 2 Bahan Modal RM11 Dapat 5 Botol
Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer, Cuma Guna 2 Bahan. Modal RM11 Dapat 5 Botol
Wabak COViiID 1 9 belum nampak akan berakhir dalam masa terdekat apatah lagi di Malaysia kes yang dijangkiti semalam meningkat begitu juga di negara lain.
Keadaan ini pada masa yang sama meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya langkah pencegahan penularan viruus yang salah satu daripadanya mencuci tangan atau menggunakan cecair pembersih tangan.
Kesedaran ini juga menyebabkan produk cecair pembersih tangan atau hand sanitizer ini laku keras. Masalahnya hingga ia sudah kehabisan stok.
Kalau anda sendiri sudah mencari merata farmasi tapi tetap tak berjumpa mungkin cara terbaik adalah dengan membuat sendiri hand sanitizer ini. Ya boleh buat sendiri! Jimat pun jimat.
Caranya boleh ikut perkongsian daripada seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa yang diperoleh dari ahli farmasi sendiri
Cara mudah buat homemade hand sanitizer
Bahan-bahannya mengikut suggestion ahli farmasi:
Dettol
Sterile Water
Cara membuat:
Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water.
Kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni: 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni: 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Boleh sukat mengguna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian
Akhirnya sekali letak dalam botol spray.
Info
Tapi saranan ahli farmasi itu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ia disebankan atas faktor ketebalan kulit.
Kesan Dettol agak kuat jugak. Bimbang ada kesan pada kulit kanak-kanak yg umurnya bawah 10 tahun.
Jimat!
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70.
Dengan kos RM11.70.Boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
Selamat mencuba!
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa
Tuesday, January 21, 2020
Inilah Minuman Ajaib Untuk Cuci Buah Pingg4ng Dan Lawas Kencing
Inilah Minuman Ajaib Untuk Cuci Buah Pingg4ng Dan Lawas Kencing
- 1 biji epal hijau (tak payah buang kulit)
- 1 inci timun (buang kulit)
- 1 inci lobak putih (buang kulit)
- 1 inci celery
- 1 gelas air masak